‘Stranger’ Letak Makanan Dalam Raga Motor, Tindakan Jujur Pak Cik Ini Buat Netizen Sebak

Tambah ke Sumber Pilihan
‘Stranger’ Letak Makanan Dalam Raga Motor, Tindakan  Jujur Pak Cik Ini Buat Netizen Sebak

Pasti anda gembira apabila dibantu oleh orang lain ketika sedang ditimpa kesusahan. Lagi-lagi kalau stranger yang bermurah hati untuk berkongsi rezeki kepada kita.

Semalam, seorang TikToker telah memuat naik video social experiment di TikTok menunjukkan seorang pak cik sedang menunggu siapa yang meletakkan makanan di dalam raga motosikalnya.


Pada mulanya, TikToker ini menghampiri sebuah motosikal yang diparkir di hadapan sebuah kedai lalu meletakkan sebungkus plastik makanan dan sekotak telur dalam raga motosikal tersebut.

Kemungkinan pada ketika itu, pemilik motosikal sedang membeli barang di kedai berhampiran. Setelah 10 minit berlalu, seorang pak cik yang merupakan pemilik motosikal tersebut kembali ke motosikalnya dan terkejut dengan barangan yang ada dalam raga.

Pak cik itu dilihat menoleh ke sekeliling tempat itu seperti tertanya-tanya siapakah yang meletakkan barang tersebut dalam raga motosikalnya. Dia setia menunggu pemilik barang tersebut datang semula ke motosikalnya.

Artikel berkaitan: Netizen Puji Zara Zya Bantu Peniaga Berbangsa India, Borong Habis ‘Cotton Candy’

Artikel berkaitan: Sanggup Redah Banjir, Abang Grab Bantu Bersihkan Longkang Tersumbat Untuk Surutkan Air

Dalam 10 minit selepas itu, TikToker yang bernama Ah Bee ini datang semula ke kawasan motosikal itu diparkir lalu menghampiri pak cik itu. Dia memberitahu pak cik itu bahawa barang-barang tersebut adalah hadiah untuknya.

Mereka berbual-bual seketika sebelum Ah Bee berlalu pergi. Gembira dengan pemberian tersebut, pak cik ini berkali-kali mengangguk sambil tersenyum melihat Ah Bee.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen sebak dan kagum dengan respon pak cik ini kerana dia tidak mahu mengambil barang bukan miliknya.

Derma 1

Bagusnya pak cik ni jujur…

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

‘Stranger’ Letak Makanan Dalam Raga Motor, Tindakan Jujur Pak Cik Ini Buat Netizen Sebak
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/stranger-letak-makanan-dalam-raga-motor-tindakan-jujur-pak-cik-ini-buat-netizen-sebak/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM