in

“Stop promote ayam mati” – PETA Kutuk BTS Sebab Sokong Kekejaman Haiwan Dengan McDonald’s BTS Meal?

Collage 4

Macam yang korang tahu, minggu lepas McDonald’s telah keluarkan BTS Meal di Malaysia dan ramai peminat-peminat setia kumpulan K-pop ini tak terlepas untuk dapatkan set tersebut.

Pun begitu, organisasi hak asasi haiwan, People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) telah menuduh BTS menyokong kekejaman haiwan dengan pengeluaran McDonald’s BTS Meal ini.

Melalui Facebook PETA Asia, organisasi ini telah memuat naik gambar seorang peminat BTS menunjukkan placard kekecewaannya dengan tindakan kumpulan K-pop kegemarannya itu.

Tengok apa yang aktivis di Malaysia hantar pada kami. Jangan kecewakan peminat anda. Berhenti promosi ayam mati!”

PETA Asia turut mengatakan, BTS Meal yang merupakan set chicken nuggets ini telah “diperbuat dari daging ayam yang telah diseksa”.

Screenshot 2021 06 02 At 1.42.16 Pm

Ayam bukan nuggets tapi makhluk yang hidup dan ada perasaan.”

Menerusi laman web mereka, organisasi ini terus mengutuk kumpulan terkenal ini kerana bekerjasama dengan McDonald’s.

Nampak sangat BTS tak kisah dengan ayam-ayam yang menderita dan leher dikelar untuk buat McNuggets dalam BTS meal.”

Seterusnya organisasi ini mengatakan yang ayam juga layak dilayan dengan lebih baik dan ayam juga mungkin merupakan haiwan yang paling banyak diseksa di muka bumi. PETA kemudiannya menyeru orang ramai untuk mula mengamalkan veganism.

Setiap kali korang nampak ayam dalam menu, ingat yang haiwan tersebut telah menderita dan mati dengan cara paling kejam dan sakit. Tak ada haiwan yang mahu dibunuh.

Memandangkan makan daging tak penting ia membuatkan pembelaan ayam untuk dibunuh adalah tindakan yang kejam.

Kalau korang tak nak jadi punca kepada penyeksaan haiwan, jadi vegan hari ini.”

Ha pulok dah…

 

Baca: “Kami Respect Army” – Nak Muntah Rasa Sos Cajun Dari BTS Meal, Beby Tora Minta Maaf

Screenshot 2021 06 02 At 1.48.11 Pm

Sumber: PETA Asia