“Kami Respect Army”- Nak Muntah Rasa Sos Cajun Dari BTS Meal, Beby Tora Minta Maaf

Jadikan sumber pilihan di Google
“Kami Respect Army”- Nak Muntah Rasa Sos Cajun Dari BTS Meal, Beby Tora Minta Maaf

Sejak BTS Meal dilancarkan di semua outlet McDonald’s pada 26 Mei lalu, menu ini menjadi menu popular dalam kalangan peminat BTS dan juga mereka yang teringin nak rasa sos perisa baharu yang terdapat dalam menu itu iaitu sos cajun dan sos cili manis.

Seorang personaliti media sosial yang dikenali sebagai Beby Tora juga tidak ketinggalan untuk mencuba menu baharu yang popular ini.


D36B6D00 7E1F 4E51 A649 A65A8E12C04D 1621960885 364Sumber: USA Today

 

Rasa sos cajun macam plastik

Sebelum ini, Beby Tora ada muat naik video satu video Tiktok sambil buat review BTS Meal. Video tersebut dikatakan telah mengguris perasaan peminat BTS apabila dia membuat reaksi nak termuntah bila rasa sos cajun yang katanya rasa seperti plastik.

Ramai juga netizen yang turut mengecam dia di Twitter selepas video review BTS Meal menjadi viral.

Inm 1Sumber: Twitter

Selepas mendapat kecaman hebat dari netizen, video tersebut dipercayai telah dipadam oleh Beby Tora.

 

Mohon maaf kepada Army

Baru-baru ini, wanita yang juga dikenali sebagai Atierah Zulfatie telah memuat naik video permohonan maaf kepada peminat-peminat BTS disebabkan video review BTS Meal yang dia buat sebelum ini agak melukakan hati mereka.

“Kami respect Army. Sorry yaa.”

Dia beritahu yang dia sebenarnya hanya minat tengok cerita-cerita Korea tetapi tidak minat BTS atas mana-mana kumpulan Korea.

“Tapi kami respect la sapa yang minat Korea tu. Tak merendahkan ka apa ka.”

 

Koyak beg kertas pula

Dalam video permohonan maaf itu, kelihatan dia sedang mengoyakkan kertas pembungkus makanan BTS Meal tersebut untuk dijadikan pelapik makanan. Netizen geram apabila dia didakwa seolah-olah bertindak untuk menyakitkan hati peminat BTS sekali lagi.

Photo6172185243977624474Sumber: Tiktok

Maafkan la Beby Tora. Mungkin dia tak sengaja terlukakan hati peminat BTS.

 

Sumber: Gempak.com, Twitter, Beby Tora

Baca: Malaysia Antara Negara Terawal Bakal Lancarkan Set Menu BTS Di McDonald’s Pada 26 Mei Nanti

Capture 80

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Farahin Fadzil
Semua tulisan Farahin

Kalau orang ajak berjalan memang tak pernah tolak la sebab memang kaki merayap! Sejenis yang gelak macam orang semput tapi bercakap macam ada microphone dalam mulut. Terlalu obses dengan #independentwoman .

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Kami Respect Army”- Nak Muntah Rasa Sos Cajun Dari BTS Meal, Beby Tora Minta Maaf
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kami-respect-army-nak-muntah-rasa-sos-cajun-dari-bts-meal-beby-tora-minta-maaf/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen