in

“Start dari binatang lepastu upgrade kat manusia” – Individu Kejam Bakar Anak Kucing Di Rembau Undang Kemarahan Netizen

Kucingrenung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi laman Facebook D’Cat D’ Hati, perkongsian gambar yang memaparkan beberapa ekor kucing mati dipercayai dibakar individu bertindak zalim mencetus kemarahan dalam kalangan netizen.


Beberapa ekor dipercayai anak kucing berdasarkan saiznya, mati dalam keadaan hangus terbakar.

 

 Insiden penemuan kucing dibakar berdekatan kedai serbaneka Seven-Eleven dan KFC di Rembau, Negeri Sembilan.”

Bakarkucing3
Sumber : sinar harian

Sudah semestinya ia amat mengguris hati warganet lebih-kebih lagi bagi mereka dalam kalangan pencinta haiwan seperti kucing.

“Kita memandang berat kejadian pembunuhan haiwan seperti kucing dan anjing yang menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Apa nak jadi dengan bangsa Malaysia sekarang?”

Bakarkucing4
Sumber : sinar harian

Lapor Sinar Harian, perkongsian gambar tersebut di Facebook petang semalam kini meraih, 3,000 jumlah perkongsian  dan rata-rata netizen sangat kesal dengan tindakan yang sanggup menyeksa haiwan sedemikian rupa

Bagi mereka. insiden ini seolah-olah yang melakukannya tidak mempunyai sifat kemanusiaan dan berharap pelakunya mendapat balasan yang setimpal

Bakarkucing2
Sumber : mstar
Bakarkucing
Sumber : mstar

Admin sendiri jadi sedih dan marah bila tengok ni, kalau tak nak tak payah lah buat macam tu, kalau ada unsur dendam pun jangan jadikan haiwan yang tak tahu apa-apa jadi mangsa.

 

Baca : “Nak kena pujuk pulak”-  Aksi Kucing Ini Merajuk Buat Netizen Tersengih

Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.