“Saya sempat ajar mangsa mengucap” – Lelaki Kongsi Detik Akhir Mangsa G*lis Treler

Tambah ke Sumber Pilihan
“Saya sempat ajar mangsa mengucap” – Lelaki Kongsi Detik Akhir Mangsa G*lis Treler

Pengasas Pertubuhan Unit Amal Van Jenazah Muafakat Daerah Batu Pahat, Kapten Wahyu Hidayat Hamdan, berkongsi detik akhir seorang pelajar perempuan yang meninggal dunia selepas digilis treler semalam.

Dalam kemalangan di Jalan Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor itu difahamkan Kapten Wahyu antara individu terawal tiba di lokasi dimaklumkan, insiden itu membabitkan treler dan motosikal.


Artikel berkaitan: Wanita Ma*t Dalam Kemalangan, Suami & Anak Meraung Lihat Jasad Ibu Dig*lis Treler

Artikel berkaitan: Kes Treler Terbabas Di Kluang: Tayar Pecah Punca Kemalangan, Pemandu Ditahan

“Saya sempat mengajar remaja perempuan berkenaan mengucap dua kalimah syahadah sebanyak tiga kali ketika dia berada di bawah treler.

Tidak lama kemudian, nafasnya secara perlahan-lahan terhenti sebelum dia terus tidak lagi bergerak,” katanya.

Nurul Maisarah Mahathir, 16, yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra, Tongkang Pechah, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

“Sebaik tiba, pemandu treler beritahu, dia tidak perasan ada motosikal di tepinya. Kemudian saya tanya, mangsa di mana dan pemandu treler menunjuk ke arah bawah treler.

Dia beritahu mangsa pada ketika itu masih bernyawa lalu saya terus masuk ke bawah treler dan ajar dia mengucap. Mangsa ketika itu dalam keadaan nazak.

Bila mengucap kali ketiga, mangsa seolah-olah mengeluarkan hembusan sebelum tidak memberi maklum balas,” katanya lagi.

Bapa mangsa, Mahathir Sairi,  berkata, kemalangan tersebut menyebabkan dia kehilangan anak perempuan tunggal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kemalangan berlaku ketika treler terbabit mahu membelok ke kanan.

Sumber: Harian Metro

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Saya sempat ajar mangsa mengucap” – Lelaki Kongsi Detik Akhir Mangsa G*lis Treler
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ssaya-sempat-ajar-mangsa-mengucap-lelaki-kongsi-detik-akhir-mangsa-glis-treler/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM