in

“Dia tak minat ada teman lelaki” – Irene Sofiya Sangat Pentingkan Pelajaran, Kejar Impian Jadi Doktor Pakar

Irene Sofiya Dibunuh Motif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular mengenai kejadian kehilangan nyawa pelajar di sekolah yang mana kejadian berlaku di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor.

Mangsa, Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, atau lebih dikenali sebagai Fiya ditemui maut di sekolah, dipercayai mengalami kecederaan parah pada muka dan badan akibat hentakan menggunakan objek keras.


Fiya ditemui oleh rakan-rakan, ibu saudara dan neneknya ketika mereka melakukan pencarian selepas menyedari mangsa tidak hadir ke kelas tambahan sedangkan motosikalnya masih berada di kawasan sekolah.

Menurut ibu saudara mangsa, Siti Nur Faeza Khyar, 45, mereka menemui mangsa dalam keadaan terlentang di dalam sebuah dewan, berlumuran darah namun masih bergerak dalam keadaan lemah.

“Daripada keadaan pakaiannya, kami mendapati tudung yang dipakainya seperti disentap dari belakang ketika dia cuba melarikan diri sebelum kepalanya dihentak menggunakan objek keras,” katanya.

833240932 17911407339534669 5232331638587724265 N

Tidak minat bercinta, mahu jadi doktor seperti arwah ibu

Menurut Siti Nur Faeza, Fiya merupakan seorang pelajar yang sangat mementingkan pelajaran dan tidak berminat untuk mempunyai teman lelaki ketika masih bersekolah.

Malah, Allahyarham dikatakan menyimpan impian untuk mengikut jejak arwah ibunya dengan menjadi seorang doktor pakar.

“Dia sangat mementingkan pelajaran dan mahu berjaya dalam hidup. Cita-citanya mahu menjadi doktor seperti arwah ibunya.  Dia pernah bertanya doktor apa sesuai untuknya.

“Berdasarkan apa yang kami tahu, dia tidak berminat untuk mempunyai teman lelaki ketika masih bersekolah,” katanya.

Fiya juga dikenali sebagai seorang yang pendiam, rajin mengulang kaji pelajaran dan sering memperoleh keputusan cemerlang.

Malah, arwah dikatakan kerap menduduki tempat pertama atau kedua dalam tingkatan dan berpotensi memperoleh keputusan 9A dalam SPM.

Bagi keluarga, kehilangan Fiya bukan sahaja meragut seorang anak saudara yang disayangi, malah seorang pelajar harapan yang mempunyai impian besar untuk masa depannya.

“Kami tidak pernah menyangka perkara sekejam ini boleh berlaku kepada anak saudara saya,” kata Siti Nur Faeza.

Artikel berkaitan: Bengang Cinta Ditolak, Murid Hidap Kanser Hidung Dibuli Hingga Alami Gegaran Otak & Dipaksa B*gel

Artikel berkaitan: Pelajar Wanita Di Cyberjaya Disyaki Dib*nuh, Tiada Unsur R*gol – Polis

Remaja 16 tahun direman enam hari

Screenshot 2026 10 05 105014

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad mengesahkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kematian pelajar berkenaan.

Suspek ditahan kira-kira pukul 7 malam kelmarin di sekitar Pekan Yong Peng selepas polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit, sebuah beg, sepasang pakaian dan sepasang selipar bagi membantu siasatan.

Motif sebenar kejadian juga masih dalam siasatan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.