in

“Some people tunggu je aku buat salah” – Khairul Aming Luah, Sering ‘Diperhatikan’ Lepas Jadi Terkenal

Collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali Ramadan, antara benda yang kita nanti-nantikan adalah resipi yang dikongsikan oleh Khairul Aming dalam segmennya ’30 hari 30 resepi’ kan?


Kerana perkongsiannya yang konsisten setiap tahun ini jugalah membuatkan namanya makin dikenali dan kini, produk Sambal Nyet yang dikeluarkan, sold out tak sampai satu minit setiap kali restock. Gempak kan?

Selain itu, sifat jujur dan kelakar Khairul Aming juga sering menjadi sebutan ramai. Mana tidaknya, bila dia buat video masakan dia tak teragak-agak untuk beritahu kalau makanannya itu tak jadi atau tak sedap. Jarang-jarang orang jujur macam ni, tak percaya korang tengok video kat bawah ni:

Pun begitu, apa yang sering ditonjolkan di media sosial, tak semestinya sama dengan kehidupan yang sebenar kan?

Tengah malam semalam, Khairul Aming telah kongsikan menerusi Twitter peribadinya tentang apa yang dia lalui selepas videonya mendapat sambutan dan semakin ramai orang mengenali dirinya.

“Fame can be rewarding and toxic at the same time”

Dalam perkongsiannya itu, Khairul Aming mengatakan yang kemasyuran boleh jadi satu benda yang baik dan toksik pada masa yang sama.

Menurutnya, sejak dia mula buat video waktu sekolah dulu, effortnya tetap sama sampai hari ini walaupun dulu hanya rakan-rakan kelasnya sahaja yang tonton videonya.

Tapi lepas video aku meletup tahun 2018, privacy aku dah mula hilang dari situ, apa yang aku cakap, kelakuan aku, siapa yang akau kawan semua dinilai kiri kanan sehinggakan aku tak nak keluar bilik sebab serabut dengan kehilangan privacy.

“Some people tunggu je aku buat salah”

Tambahnya lagi, setiap tahun jangkaan orang terhadapnya makin bertambah dan dia sering baca ciapan yang orang tulis tentang dirinya dan perniagaannya walaupun dia segan dan takut satu hari dia tak dapat nak menepati jangkaan orang ramai.

Aku hanya lelaki normal datang dari keluarga normal dan aku suka apa yang aku buat. Tapi aku pun ada kelemahan yang orang tak tahu, aku buat salah dan akan buat lagi banyak salah in the future. Sesetengah orang tunggu je aku buat salah dan aku faham benda ni.”

Akhir sekali, Khairul Aming menasihatkan orang yang nak ikut jejak langkahnya untuk sering menjadi diri sendiri.

Kalau korang merancang untuk buat benda yang sama, just ingatlah yang jadi terkenal tak selalunya manis dan gemilang. Ia boleh juga merosakkan kalau tak tahu macam mana nak handle. Jadi diri sendiri tapi cuba untuk jadi yang lebih baik setiap hari.”

Tak semua orang boleh handle jadi terkenal ni, nampak je best tapi kalau dah pergi mana-mana semua orang tahu, semua orang tengok, memang susah. Apa-apa pun, min doakan Khairul Aming terus kuat dan berjaya di masa hadapan.

 

Baca: “Bangga gila dengan achievement dia!” – Lepas 3 Bulan Jual Sambal Nyet, Khairul Aming Raih Lebih RM1 Juta Sales

Sambalnyet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.