in

“Sejujurnya sedih la camni…” – Dituduh ‘Kayakan Orang Kaya’, Khairul Aming Tampil Buka Mulut

Syaz Ft 2026 09 07T152835.690

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan pempengaruh popular, Khairul Aming meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila usahanya dalam memperkembangkan perniagaan tempatan disalah erti serta dituduh bertindak sebagai seorang ‘kapitalis’ oleh sesetengah pihak.

Isu ini timbul selepas projek perniagaan terbarunya menerima reaksi negatif daripada sebilangan pengguna media sosial yang mendakwa beliau kini lebih menumpukan keuntungan semata-mata dan hanya mengayakan pihak tertentu.


Artikel berkaitan: “Saya pun stuck!” – Khairul Aming Mohon Maaf, Luah Sukar Tangani Isu Ulat ‘Booking’ Rembayung

Artikel berkaitan: Khairul Aming ‘Restock’ Sambal Nyet Besar-Besaran, Hadiah RM 10,000 Untuk 5 Pembeli Terawal

Tampil memberikan respon menerusi hantaran di akaun Threads miliknya, Khairul Aming mengakui terkilan dengan sentimen sedemikian sedangkan niat utamanya adalah untuk memajukan usahawan tempatan dan membangunkan ekosistem ekonomi bersama.

 

View on Threads

 

“Sejujurnya sedih la camni. Usahawan negara lain maju berniaga tapi bila kita yang tempatan nak buat jadi serba tak kena.

Kita nak usahawan tempatan grow ke depan tapi dalam masa yang sama sentimen kapitalis yang diletakkan,” luahnya.

Jelas Khairul Aming lagi, setiap hasil dan kejayaan perniagaan yang dijalankan bukanlah untuk kepentingan dirinya seorang, sebaliknya memberi limpahan rezeki serta manfaat kepada pelbagai pihak yang terlibat.

“Hasil perniagaan ni untuk semua. Pekerja, supplier, vendor, abang courier, customers, cukai negara, pungutan zakat, semuanya dapat benefit,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa niatnya selama ini adalah untuk berkongsi segala ilmu dan pengalaman dalam dunia perniagaan agar dapat dipelajari bersama oleh masyarakat.

Malah, beliau secara terbuka memohon maaf sekiranya pembabitannya dalam dunia perniagaan menimbulkan rasa tidak senang atau sakit hati kepada mana-mana pihak.

“Segala ilmu yang dapat saya turunkan kepada semua untuk sama-sama belajar. Kalau dengan saya berniaga ni sakitkan hati anda, saya mintak maaf,” katanya mengakhiri hantaran tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang rata-rata tampil memberikan sokongan padu dan menyuruh usahawan itu untuk terus fokus memajukan perniagaan tempatan tanpa memhiraukan kritikan tidak membina.

Sumber:Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.