Usahawan dan pencipta kandungan terkenal, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas tampil memohon maaf dan meluahkan kesukarannya dalam mengatasi masalah sistem tempahan di restorannya, Rembayung yang kini didakwa didominasi oleh ulat tempahan (scalpers).
Isu ini mula tercetus selepas seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa kerana sistem tempahan yang dibuka kepada awam dilihat seolah-olah dikawal sepenuhnya oleh pihak scalper.
Artikel berkaitan: Khairul Aming ‘Restock’ Sambal Nyet Besar-Besaran, Hadiah RM 10,000 Untuk 5 Pembeli Terawal
Artikel berkaitan: Kembali ‘Fit’! Khairul Aming Kongsi Hasil Turun Berat 24kg Dalam Masa Setahun
Cabaran Tangani 15 Juta Pengikut
Membalas dakwaan berkenaan, Khairul Aming menjelaskan bahawa beliau sudah lama mencari jalan penyelesaian yang terbaik, namun mengakui masih belum menemui penyelesaian konkrit bagi menguruskan skala permintaan yang terlalu luar biasa.
View on Threads
“Dari dulu saya tanya apa solution yang ada tapi tak ada yang boleh propose solution untuk handle 15,000,000 followers untuk kedai makan yang cuma muat 200 orang dalam satu masa,” katanya.
Beliau turut mengulas cadangan sesetengah pihak yang menyarankan supaya nombor kad pengenalan (IC) diletakkan semasa proses tempahan. Menurutnya, langkah itu masih tidak mampu menyekat scalper kerana mereka tetap boleh mendapatkan maklumat IC daripada pembeli lebih awal.
Tiada Rujukan Restoran Lain Di Malaysia
Khairul Aming turut mengakui situasi yang dihadapi oleh perniagaannya adalah sesuatu yang belum pernah berlaku kepada mana-mana restoran lain di Malaysia, menyebabkan beliau tidak mempunyai sebarang rujukan untuk menyelesaikan isu tersebut.
“Saya mohon maaf ramai yang frust tapi saya pun stuck. Tak ada restoran dalam Malaysia ada isu sebegini dan I have no one to refer to,” luahnya lagi.
Mengakhiri kenyataannya, beliau memohon agar orang ramai dan para peminat dapat memberikan ruang kepadanya untuk mencari solusi terbaik demi keselesaan semua pelanggan pada masa akan datang.
Sumber: Threads
