in

“Bangga gila dengan achievement dia!” – Lepas 3 Bulan Jual Sambal Nyet, Khairul Aming Raih Lebih RM1 Juta Sales

Sambalnyet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan sosok influencer terkenal Malaysia, Khairulaming yang sering kongsikan resepi menarik untuk kita semua bersama tagline ‘Hey what’s up guys’ dia tu.


Tak lama dulu Khairulaming ni pernah lancarkan produk sambalnya sendiri iaitu Sambal Nyet yang pernah pecah rekod dengan hasil jualan 10,000 botol dalam masa 54 minit je! Hebat ooo! 

B02D99Fd50699Cfd8E1Be07E522Ce5A0

Malah hasil kejayaannya itu menurut netizen ialah menerusi kerja kerasnya selama 3 ke 4 tahun dalam membina brand dan namanya sendiri hingga dia boleh mencapai kejayaan sekarang.

 

Baru jual 3 bulan, Sambal Nyet dah cecah RM1 juta hasil jualan! 

Semalam, Khairulaming sekali lagi berkongsi satu berita mengejutkan buat netizen apabila hasil jualan Sambal Nyet selama 3 bulan sudah mencecah RM1 juta! Wah wah! 

Menerusi perkongsiannya di Twitter, Khairulaming juga sempat menjelaskan hasil ‘post-mortem’ jualan sambal tersebut buat netizen.

Menurutnya, meskipun jumlah jualan mencecah RM1 juta, 80% daripada keuntungan ini telah digunakan untuk membangunkan perniagaannya semula.

 

Cuba improved kan lagi rasa dan kepedasan sambal 

 

“Aku bersyukur sangat-sangat sambal nyet masih lagi sold out laju macam first day dulu” 

 

“Video 30 hari 30 resepi yang you guys tengok bulan ni kebanyakkannya diedit selepas sahur” 

Posting tersebut telah mendapat pelbagai pujian dan galakkan daripada netizen yang terinspirasi dengan kejayaan Khairulaming ni. Malah ada juga ‘complaint’ sampai sekarang tak dapat-dapat nak beli sambalnya kerana kerap sold out setiap kali nak membeli. Adoi punyalah laku sambalnya. 

Apa-apapun admin doakan semoga Khairulaming terus sukses dalam apa saja yang dilakukannya. Keep inspiring! 

Baca: “Housemate paling untunggg dalam dunia” – Share Masakan Sahur, Netizen Jeles Housemate Khairulaming Makan Sedap Setiap Hari

Aming 1

Sumber: Shopee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.