in

Skim Lindung 24 Jam PERKESO: Kadar Caruman & Faedah Baharu Yang Pekerja Perlu Tahu

Syaz Ft 2026 08 18T101725.445

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadar caruman bagi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bakal dinaikkan secara berperingkat sehingga mencapai 1.25 peratus pada tahun keenam.

Menurut laporan BERNAMA, langkah pelarasan ini membolehkan faedah penggantian pendapatan buat pekerja yang layak ditingkatkan secara signifikan iaitu daripada 48 peratus ketika ini kepada 80 peratus.


Artikel berkaitan: Caruman 15 Tahun Di PERKESO Jadi ‘Talian Hayat’ Waris Mangsa Pemandu M*buk

Artikel berkaitan: Balu Mangsa Kemalangan M*ut RXZ Member 8.0 Layak Terima Faedah PERKESO Sepanjang Hayat

Timbalan Ketua Eksekutif (Strategik dan Korporat) PERKESO, Edmund Cheong Peck Huang menjelaskan bahawa kadar caruman semasa sebanyak 0.75 peratus merupakan kadar terendah yang dilaksanakan pada peringkat awal pelaksanaan skim tersebut. Ia susulan arahan kerajaan agar PERKESO memperkenalkan skim berkenaan secara berfasa.

“Sebab itulah kita guna 0.75 peratus. Kita akan meningkat untuk pergi semula kepada 1.25 peratus pada tahun keenam dan faedah pun akan bertambah.

Bermaksud sekarang ni 48 peratus, tahun keenam ia akan jadi 80 peratus penggantian pendapatan,” katanya.

Kekal Relevan Dan Melindungi Pekerja

Edmund turut menyatakan kenaikan kadar caruman itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai keperluan penting, terutamanya bagi memastikan manfaat perlindungan kekal relevan dari semasa ke semasa. Ini termasuklah perlindungan bagi faedah perubatan dan pemulihan yang disediakan oleh pihak PERKESO.

Tambah beliau lagi, kadar caruman asal 1.25 peratus sebenarnya telah ditetapkan awal dengan mengambil kira struktur faedah PERKESO, yang kebiasaannya menyediakan penggantian pendapatan antara 80 hingga 90 peratus daripada jumlah pendapatan bulanan seseorang individu.

Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas, beliau memberi contoh individu yang menerima gaji bulanan RM6,000. Sekiranya individu berkenaan mengalami masalah hilang upaya kekal langsung, mereka berpotensi menerima bayaran bulanan kira-kira RM4,800 menerusi pelarasan faedah baharu ini.

Langkah ini dijangka memberikan jaminan kewangan dan perlindungan yang lebih kukuh kepada para pekerja sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini di luar waktu kerja.

Dalam pada itu, PERKESO melancarkan Anugerah Media PERKESO iLINDUNGu 2026 yang merupakan sebuah pertandingan anugerah kewartawanan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Institut Akhbar Malaysia (MPI).

Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.