in

Simpan Gambar Bogel Isteri Rakan Dalam Handphone, Lelaki Maut Dipukul Bertubi-tubi Dengan Rotan

Simpan Gambar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Inilah namanya kawan makan kawan. Padahnya… sampai membawa maut! 

Baru-baru ni, seorang lelaki mati di tangan rakan sendiri lepas dia dibelasah dengan teruk sekali akibat kantoi menyimpan gambar bogel isteri kawannya itu. 


Dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah dekat Bandar Baru Sungai Buloh, Jumaat lalu, pihak polis memaklumkan bahawa mereka menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan yang memaklumkan anaknya telah dipukul oleh individu tak dikenali hingga tak sedarkan diri.

Warga Nepal Dibelasah Teruk 2
gambar hiasan

 

Ambil gambar semasa mandi, ugut nak sebarkan jika tak mahu ikut kehendak

Menurut Astro AWANI, walau bagaimanapun mangsa telah disahkan meninggal dunia sebaik saja pihak Hospital Sungai Buloh tiba di tempat kejadian.

Siasatan mendapati kejadian ini berlaku akibat mangsa yang berusia 27 tahun itu telah menyimpan gambar bogel isteri rakannya di dalam telefon bimbit. Mangsa terlebih dahulu telah dipanggil oleh isteri suspek untuk ke tempat kejadian kerana ingin bertanya berkenaan gambar bogel tersebut.

Sebaik je mangsa tiba di sana, dia telah disyaki dipukul oleh 4 orang suspek iaitu 3 lelaki dan seorang wanita dengan menggunakan rotan. Menurut pihak polis, mangsa sebelum ni katanya telah mengambil gambar bogel isteri suspek ketika wanita tu sedang mandi. 

Bogel
gambar hiasan

Lebih mengejutkan, dia ugut pulak wanita tu agar ikut kehendaknya jika tak mahu gambar tersebut disebarkan sesuka hati. Aduh memang cari pasal betul! 

 

Suspek ditahan termasuk mangsa gambar bogel 

Buat masa ini, siasatan masih dijalankan dan polis telah menahan 4 suspek termasuk pasangan suami isteri pada hari kejadian. 

Kesemua suspek tersebut berusia antara 26 hingga 36 tahun dan direman selama 7 hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Itulah… siapa suruh ugut dan rakam gambar bogel isteri kawan sendiri. Dari tak ada masalah, terus semua terlibat. 

Nota: Gambar di atas sekadar hiasan

Baca: “Dia pukul saya, bogelkan saya dan cukur rambut saya” – Isteri Diseksa Suami Kerana Tak Mahu Menari Depan Kawan Kerja

Bog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.