in

“Dia pukul saya, bogelkan saya dan cukur rambut saya” – Isteri Diseksa Suami Kerana Tak Mahu Menari Depan Kawan Kerja

Latest Torture Feat Censor 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suami yang disangka baik dan lemah lembut rupanya hanya tunggu masa saja nak tunjuk belang. Ini apa yang berlaku pada wanita dari Pakistan ini apabila dia didera suami hanya kerana tak mahu menari depan rakan-rakan suaminya.


Menurut World Of Buzz, insiden kejam ini mula terbongkar selepas satu video menunjukkan seorang wanita, Asma Aziz yang dipenuhi lebam minta untuk diselamatkan, tular di media sosial.

Dalam video tersebut, Asma mengatakan yang suaminya, Mian Faisal mula bertindak ganas bila wanita ini menolak arahan suaminya untuk menari di depan rakan sekerjanya. Disebabkan itu, suami dan rakan-rakan sekerjanya bertindak memalukan wanita ini dengan membogelkannya, mencukur rambutnya dan memukul wanita malang ini dengan paip.

Censor T 2

“Dia buka baju saya depan pekerjanya. Kemudian, pekerjanya pegang saya dan suami saya cukup rambut saya dan bakarnya.

Pakaian saya dipenuhi darah. Saya telah diikat pada paip dan digantung pada kipas. Dia ugut untuk gantung saya dalam keadaan bogel.

Mengenang kembali hubungan semasa awal perkahwinan, Asma berkata suaminya dulu seorang yang baik dan lemah lembut, tapi suaminya mula berubah selepas enam bulan usia perkahwinan mereka.

Censor T 1

Asma berkata, dia selalu dipukul bila suaminya pulang mabuk dan kadang-kadang dia akan mengajak kawan-kawannya untuk datang ke rumah untuk berparti.

Video tular yang dimuatnaik pada 27 Mac menunjukkan wanita ini menangis sambil memberitahu bagaimana dia boleh terlepas dari serangan suaminya dan meminta bantuan di balai polis berhampiran.

Bagaimanapun, penderitaannya tak terhenti setakat itu, ketika dia di balai polis, pegawai yang bertugas tak mahu bantu Asma kerana wanita ini tak mampu untuk duit kopi.

Tak cukup dengan itu, mereka juga tak mahu memberikan rawatan perubatan dan memaksa Asma untuk bayar dulu sebelum mereka buat apa-apa.

“Polis nak duit untuk pemeriksaan perubatan, tapi saya tak ada duit nak bayar mereka.”

Asma tak mempunyai sesiapa kerana ibu bapanya telah meninggal dunia. Jadi, dia telah memuatnaik video tersebut dengan harapan netizen akan membantunya.

Video ini kemudiannya tular dan mendapat perhatian Menteri Hak Asasi Manusia Shireen Mazari, yang membawa isu ini ke Twitter. Arahan juga telah dikeluarkan untuk menahan suami Asma dan rakan kerjanya, Rashid Ali.

Laporan Dari Pakistan Today mengatakan kedua-dua suspek telah ditangkap pada 28 Mac dan ditahan reman selama empat hari.

Gy Late

Pada 29 Mac, Asma memberikan keterangan pada hakim mahkamah.

Asma mengatakan yang suaminya telah membawa dua rakannya ke rumah dan memaksa dia untuk minum alkohol. Kemudian, dia diarah untuk menari depan mereka. Bila dia menolak, suaminya terus mengikat kaki Asma dan menyeksanya.

Ketika Asma cuba larikan diri, rakan-rakan suaminya cuba untuk memukulnya dengan penutup longkang.

Bagaimanapun, Asma dikatakan berjaya untuk menghubungi rakannya menggunakan telefon salah seorang rakan suaminya, Farzana.

“Kawan saya datang dan bawa saya ke balai polis. Bila kami suruh polis jalankan pemeriksaan perubatanm mereka minta bayaran sebanyak Rs5,000 (RM290).

“Polis tak buat laporan mahupun pemeriksaan perubatan. Saya menangis sambil keluar dari balai polis.”

Menurut DawnNews, laporan perubatan Asma mendedahkan yang dia mempunyai beberapa lebam pada lengan kirinya, bengkak dan lebam pada kedua belah pipi dan kesan toreh di tangannya.

Tapi korang semua jangan risau, kes ini sedang disiasat dan Asma sekarang dah diletakkan di bawah jagaan polis.

Harapnya suami Asma dan orang yang terlimbat akan dapat hukuman yang setimpal.

 

Baca: “Dia mangsa bukan pendera” – Netizen Dedah Bukti Mengejutkan Selama Ini Johnny Depp Didera Isteri Sendiri!

Screenshot 2019 04 02 At 6.08.05 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.