in

Simbol Kematian: Ribuan Gagak Berterbangan Di Wuhan Sebab Nak ‘Kenduri’ Daging Mayat Coronavirus?

Collage 35

Mengikut kepercayaan Cina, gagak selalunya melambangkan nasib malang dan kematian. Kerana itu, baru-baru ini sebuah video dari Wuhan menunjukkan ribuan gagak berlegar di ruang udara Wuhan telah mengundang perasaan takut.

Ribuan gagak yang dilihat berterbangan di pusat wabak coronavirus telah menimbulkan rasa takut dan ramai netizen membuat spekulasi yang burung-burung ini datang ke Wuhan kerana nak makan daging mayat di sana.

Nintchdbpict000556595137
Gambar hiasan

Video di bawah ini dipercayai telah diambil oleh salah seorang penduduk Wuhan dan korang boleh tengok sendiri betapa banyaknya gagak yang berterbangan dekat jalan yang lengang tu sambil buat bunyi bising, waktu malam! Seram…

Beberapa orang percaya yang gagak-gagak ni tengah mencari mayat untuk di makan, manakala ada juga yang cakap gagak-gagak ni tengah makan cebisan abu dari daging mayat coronavirus yang dibakar dan bertaburan di atas jalan.

Screenshot 2020 02 14 At 11.07.36 Am Screenshot 2020 02 14 At 11.08.47 Am Screenshot 2020 02 14 At 11.09.15 Am

Walaupun banyak spekulasi menakutkan dari netizen, tak ada bukti yang kukuh untuk menguatkan teori yang gagak-gagak ini datang ke Wuhan untuk mencari mayat. Ketakutan ini berlaku hanyalah kerana gagak biasanya dipandang sebagai simbol kematian mengikut kepercayaan orang Cina.

Crowcompare

Pun begitu, ada juga netizen yang mengatakan, mungkin gagak-gagak ni datang ke sana kerana banyak sampah yang tak dikutip atau pun untuk menjamu serangga-serangga yang mati kerana semburan kimia di atas jalan.

Namun, seorang penulis AFP, Rachel Blundy telah menerangkan di Twitter bahawa video viral ini sebenarnya bukan diambil di Wuhan, ia berlaku di sebuah bandar Xining yang terletak lebih 1,000 batu dari Wuhan.

Tambah Rachel, lelaki yang merakam video gagak ini selalu melihat gagak-gagak ni berkumpul di kawasan tersebut sejak September tahun lepas lagi.

 

Baca: “Apocalypse dah nak mula” – Wanita Sanggup Tikam Kanak-kanak 9 Tahun Sebab Berebut Sanitizer

Collage 33