Wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia ni nampaknya telah menimbulkan rasa panik lebih-lebih lagi pada penduduk di China.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter menunjukkan seorang wanita telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana menikam dua pelanggan semasa berebutkan botol antiseptik.
女敬軒 pic.twitter.com/BUw1ZwTyJ9
— 🚁Habsburg🚁 (@habsburg334) February 11, 2020
Lebih mengejutkan, salah seorang mangsa yang wanita ini tikam adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun manakala seorang lagi adalah warga emas berusia 71 tahun.
Dalam dua video lain yang dimuatnaik oleh netizen yang sama ini turut menunjukkan keadaan dua mangsa yang terbaring dan berlumuran darah.
Pihak polis telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan insiden ini dengan mengatakan, pada 11 Februari lalu, pihak mereka telah mendapat laporan seseorang telah ditikam di Pasaraya Wanwan di Bandar Wangzhigang, China.
Setibanya di tempat kejadian, pihak polis mendapati, suspek berusia 17 tahun yang hanya dikenali sebagai Wang ini telah keluar membeli-belah di pasaraya tersebut sambil membawa pisau.
Dua mangsanya ini kemudian dikejarkan ke hospital dan kini berada dalam keadaan stabil.
Menurut keluarga Wang, wanita ini mempunyai masalah mental dan sering merasakan yang dia dalam bahaya dan orang sekeliling mahu membunuhnya.”
Baca: “Seram macam cerita zombi” – [GAMBAR] Keadaan Di Wuhan Lepas Dua Minggu Kerajaan Isytihar Darurat