in

“Sihat tubuh badan, tapi malas kerja” – Cubaan Untuk Curi Motosikal Gagal Bila ‘Owner’ Datang

Feature Image Pencuri Muka Macam Hazama Pun Ada 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ni, banyak pula kes kecurian yang berlaku. Curi carseat bayi lah, curi kereta lah, dan yang terbaru kes curi motosikal.



Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai seorang lelaki yang membuat percubaan untuk mencuri motosikal di kawasan parking moto namun gagal apabila pemilik motosikal tersebut datang ke tempat itu.

Kejadian ini dikatakan berlaku di kawasan letak kenderaan di Hospital Ampang.

Ada orang cakap dengan guard, pencuri ni tengah buat kerja, lepas tu tetiba owner datang,”

Kejadian ini diketahui apabila ada seorang pegawai perubatan bertugas yang pada ketika itu melalui kawasan tersebut dan melihat perbuatan lelaki itu, lalu dia terus melaporkan perkara tersebut kepada pengawal keselamatan dan pada ketika itu juga owner motosikal tersebut juga datang ke situ.

Video yang berdurasi 31 saat itu menunjukkan lelaki tersebut sedang dipegang oleh pemilik motosikal itu bagi mengelakkan dia lari.

Lelaki itu juga kelihatan takut apabila perbuatannya itu kantoi dengan pemilik motosikal itu sendiri. Dia juga dilihat terus mengucapkan kata maaf berkemungkinan untuk melegakan perasaan marah owner motor tu.

Sss
Sumber: twitter

Lelaki ini juga dikatakan memberi alasan hanya untuk mencuri plat dari motosikal tersebut sahaja.

Kejadian ini berakhir apabila pihak polis sampai bagi menahan lelaki tersebut untuk tujuan siasatan  lanjut.

Ramai netizen yang berpuas hati melihat video ini kerana perbuatan lelaki tersebut yang gagal dan kantoi dengan pemilik motosikal tu sendiri.

“Sihat tubuh badan, tapi malas nak kerja”

K1
Sumber: twitter

 

K2
Sumber: twitter

 

K3
Sumber: twitter

 

K4
Sumber: twitter

Nasib baik lah owner tu sempat tangkap and rakam sebagai bukti. Kalau tak mesti hilang dah moto dia kena curi. Apa pun, korang hati-hati ye.

 

Baca: “Dah diwajibkan car seat, mula orang mencuri” – Kereta Wanita Ini Kena Pecah Sebab Nak Curi Car Seat, Hati-Hati!

Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.