Sidang Kemuncak ASEAN: Penjawat Awam Yang Terkesan Aliran Trafik Boleh WFH

Tambah ke Sumber Pilihan
Sidang Kemuncak ASEAN: Penjawat Awam Yang Terkesan Aliran Trafik Boleh WFH

Selaras dengan komitmen kerajaan MADANI untuk memperkukuhkan kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perkhidmatan awam, kerajaan meneruskan pelaksanaan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) buat kakitangannya sempena Sidang Kemuncak ASEAN bulan ini.

Dalam satu kenyataan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini, ia bagaimanapun tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa.


Artikel berkaitan : Mohon Maaf Sebab Jalan Sesak Akibat Penutupan Jalan, Tok Mat Cadang ‘WFH’ &PdPR Ketika ASEAN Summit Nanti

Artikel berkaitan : Pekerja Boleh ‘Apply’ Nak Kerja Secara Fleksibel Seperti WFH Bermula 1 September Ni!

Ketua Jabatan diberi kuasa untuk mempertimbangkan permohonan BDR bagi pegawai yang mungkin terkesan dengan kesesakan aliran trafik sempena pelaksanaan Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung pada bulan Mei tahun ini.

“Langkah ini antara inisiatif Kerajaan MADANI dalam mengutamakan tadbir urus berdaya tahan dan prihatin, selaras dengan nilai teras MADANI seperti kesejahteraan, ihsan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.”

Kata JPA lagi, mana-mana pegawai yang layak disarankan untuk berhubung dengan Ketua Jabatan masing-masing untuk pertimbangan sewajarnya.

Jelas JPA, pelaksanaan dasar itu mestilah berpandukan tatacara dan syarat yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM).

Sumber : Bernama

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Sidang Kemuncak ASEAN: Penjawat Awam Yang Terkesan Aliran Trafik Boleh WFH
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/sidang-kemuncak-asean-penjawat-awam-yang-terkesan-aliran-trafik-boleh-wfh/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM