Malaysia membangkitkan beberapa isu perdagangan produk pertanian dalam mesyuarat dua hala antara Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu dan Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand, TYT Suriya Jungrungreangkit.
Antara isu yang dibincangkan ialah:
- sekatan eksport udang Malaysia ke Thailand
- pemeriksaan ketat terhadap eksport ikan siakap
- permohonan akses pasaran produk ternakan ke Thailand yang masih tertunggak sejak 2024.

Malaysia turut menjelaskan sekatan sementara terhadap import 5 jenis udang dari Thailand yang dibuat bagi menjaga biosekuriti dan keselamatan makanan negara.
Artikel berkaitan: Road To MAHA 2026 Zon Utara Tarik Perhatian, Pelbagai Inisiatif Buat Pesawah Diumum
Artikel berkaitan: KPKM Perkenal Insentif Pembajakan One-Off, Salur Bantuan Tunai Terus ke Akaun Pesawah
Kedua-dua pihak bagaimanapun bersetuju untuk meneruskan perbincangan bagi mencari penyelesaian yang memberi manfaat bersama.

Dalam pertemuan itu, Malaysia turut meminta Thailand memudahkan fasiliti perdagangan produk pertanian melalui ASEAN Rapid Transit System, satu laluan kereta api melintasi Malaysia, Thailand, Lao PDR dan China bagi meningkatkan akses pasaran terutamanya dalam pengeluaran permit khas daripada Jabatan Pertanian (DOA) Thailand bagi meningkatkan kebolehpasaran produk pertanian Malaysia ke China, termasuk durian.

Nilai perdagangan produk pertanian dan agromakanan antara Malaysia dan Thailand mencecah RM20.33 bilion sepanjang 2025.
Eksport utama Malaysia ke Thailand merangkumi:
- kopi
- koko
- teh
- rempah-ratus
- produk makanan diproses
Manakala, import utama dari Thailand termasuk:
- daging
- produk berasaskan daging
Sumber: KPKM
