“Siapa yang sayang kucing je faham” – Netizen Sebak Tengok Video Tuan Kucing Ini

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Siapa je yang tak sayangkan kucing atau haiwan peliharaan lain. Aksi dan rupa mereka yang comel tu memang boleh buatkan kita hilang stress.

Tapi apa perasaan korang bila dapat tahu haiwan kesayangan kita tu dah tak ada?

“Aladdin kami dah pergi selamanya..”

Video kesedihan seorang lelaki ini membuatkan netizen turut sama sebak, lebih-lebih lagi mereka yang bergelar pencinta haiwan.

Dalam tulisan yang dipercayai ditulis oleh isterinya, kucing peliharaannya Aladdin merupakan kucing yang disayangi keluarga termasuk suami yang dipanggil Ayah.

Sumber: Facebook

Mereka yang juga pemilik kedai haiwan peliharaan Katsumi Cat ini sangat menyayangi Aladdin macam anak sendiri.

Korang tengok jelah macam mana rupa Ayah saat Aladdin pergi:

 

“Din tak payah tengok burung lagi..”

Mesti Aladdin antara kucing yang paling disayangi walaupun ada banyak lagi kucing lain dibela di rumah. Sebab sampai sekarang pun ke mana-mana saja mereka pergi, bayangan Aladdin masih dapat dilihat oleh pemiliknya.

Sumber: Facebook

“Buka pintu ada Aladdin.. Tengok tv ada Aladdin.. Gi dapur ada Aladdin.. Naik tangga ada Aladdin.. Dan sekarang macam mana nak tengok setiap sudut tanpa Aladdin??.. Ayah kata ‘din ayah dah letak din main kat luar.. Dan tak payah tengok burung lagi.. Nanti burung datang dekat din ye sayang.. Din tunggu kami kat sana..”

Luahan hati Ibu benar-benar menyayat hati sampaikan setiap sudut pun macam Aladdin ada lagi. Lebih-lebih lagi, Aladdin dikatakan tak sakit ataupun luka sewaktu dia ‘pergi’.

“Gugur air mata jantan aku..”

Sayu betullah tengok keadaan Aladdin dengan Ayah dalam video tu. Video ni bukan saja dah banyak dikongsi di Facebook, malah terima ribuan Retweet kat Twitter.

Sumber: Twitter

Dengan keadaan Aladdin yang terkulai layu macam tu, siapa je yang tak tumpang bersedih.

Benarlah kata orang, walaupun keadaan ni nampak biasa je tapi memberi pengertian yang sangat besar kepada empunya diri.

Sumber: Twitter

Tapi betul, kalau korang ni seorang pencinta haiwan mesti korang pun sama-sama menangis bila tengok video Ayah.

Sebab kucing peliharaan ni dah dianggap macam keluarga sendiri; dahlah comel, manja, penyayang. Siapa tak sedih weh kalau kucing dipelihara mati macam tu je!

Baca:[VIDEO] Aksi Kucing Redha Dipeluk Budak Bikin Netizen ‘Geram’

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.