[VIDEO] Aksi Kucing Redha Dipeluk Budak Bikin Netizen ‘Geram’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



[VIDEO] Aksi Kucing Redha Dipeluk Budak Bikin Netizen ‘Geram’

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Budak-budak kalau baru dapat kaki, geram je tengok diorang ni.

Lagi-lagi kalau badan tu berisi ketul-ketul tu, cute gila kot! Rasa nak gigit-gigit je tengok.

Comelnya awak ni!

Tapi aksi budak kecil ni bergurau dengan kucingnya buatkan netizen lagi ‘geram’ sebab terlalu comel!

Muhammad Raif Anaqi, 1 tahun 9 bulan, mencuri perhatian internet bila video dia bermain dengan kucing tu viral sekelip mata.

Video yang asalnya diambil ayah Anaqi ni mulanya untuk kenangan mereka satu keluarga je. Tak sangka boleh viral.

Korang tengok je la video ni.

Kucing pun redha je

Aksi kucing yang ala-ala redha je dengan Anaqi ni pulak buatkan video ni lagi kelakar.

Bercakap dengan pihak Lobak Merah, kenalan ibu Anaqi berkata dia memang seorang yang sukakan kucing.

Kat rumah mak dia pun dah ada 8 ekor kucing. Wow!

Hahaha, perkataan pertama pun ko sebut ‘meow’! Betul-betul pencinta haiwan ni.

Kucing baru ambil untuk Anaqi

Katanya kucing yang dalam video tu pun ayahnya baru ambil. Seronok sangat dapat kucing baru, itu yang tak puas dia peluk sebab excited sangat!

Netizen pun tak tahan gelak tengok telatah dia ni. Comel kan!

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Adoi kelakar la awak ni Anaqi. Baguslah dari awal lagi keluarga bahagia ni dah ajar supaya anak-anak sayangkan haiwan dari kecil lagi.

Dan semoga Anaqi terus membesar jadi seorang yang penyayang, Insya-Allah.

Baca: “Tak nak bagi mama naik hantu, dia pun berzikir Ya Latiffu Ya Latif……” – Aksi Lucu Si Comel Takut Kantoi Berkubang Belakang Rumah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.