in

“Siapa nak tolong saya? Kalau kat sekolah, kena marah dengan cikgu lagi. Kena buli dengan kawan-kawan lagi.”

Page Kanak2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Siapa nak tolong saya? Kalau kat sekolah, kena marah dengan cikgu lagi. Kena buli dengan kawan-kawan lagi."
Loading
/

Minggu lepas sebuah video mendapat perhatian dekat Facebook gara-gara mesej yang disampaikan oleh seorang kanak-kanak yang menghidap autisme bersempena Hari kesedaran Autisme Sedunia bertukar menjadi video yang membuat ramai menitiskan air mata.


Menurut mStar, kanak-kanak lelaki di dalam video tersebut bernama Abedin, 9, dan video tersebut telah dirakam oleh ibunya, Noor Ain Awang Zainudin. Abedin mengalami Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) yang mementingkan kesempurnaan dalam semua arahan dan tugas.

Jj
sumber: facebook

Video berdurasi hampir dua minit tu bertukar emosi bila Abedin tiba-tiba meluahkan rasa kesedihan terhadap nasib yang menimpanya di sekolah.

“Janganlah marah kami, kami ni baik saja, kami ni istimewa. Bila saya kena marah dengan cikgu, saya menyesal. Bila saya cuba berusaha lepas tu tak boleh, waktu tu kat kompleks sukan, saya lari lambat. Saya tak boleh lari laju.”

“Tapi saya bukan budak suruhan. Nanti saya bukan budak yang baik, bukan budak masa depan. Habis, siapa yang nak tolong saya? Kalau kat sekolah, kena marah dengan cikgu lagi. Kena buli dengan kawan-kawan lagi.”

Admin termenangis masa tengok video ni! Noor Ain terangkan anaknya mengalami masalah dari segi komunikasi yang menyebabkan kadang-kadang perkataan atau istilah yang digunakan membawa maksud yang berbeza dari apa yang nak disampaikan.

“Dalam video tu, Abedin kata dia menyesal lepas kena marah cikgu. Sebenarnya, dia nak sampaikan bahawa dia menyesal sebab dia tak dapat lari laju.”

“Bila dia kata ‘Abedin bukan budak suruhan’ tu bermaksud dia meluahkan kesedihannya kerana tak dapat mengikut seperti yang diharapkan guru-gurunya, bukannya dia dijadikan budak suruhan. Macam yang dia kata tumbuk tu, bukanlah bermaksud dia tumbuk pun.”

Disebabkan masalah OCD, emosi Abedin mudah terganggu dan tidak boleh menerima kegagalan yang memberi kesan kepada anaknya dan persekitaran dengan membuat perangai atau tantrum. Walau bagaimanapun, dia tegaskan anaknya merupakan seorang yang baik dan rajin.

Jj2
sumber: facebook

Sempena bulan Kesedaran Autisme Sedunia, kita patutlah mula lebih terbuka dengan golongan yang menghidap autisme. Mereka juga makhluk Tuhan yang mempunyai kelebihan dan kekurangan sama macam kita.

Meleleh air mata admin tengok video tu.

Baca: Pahit Manis Mengasuh Anak Autisme Dari Kaca Mata Zarina Zainuddin

Page Zz2 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.