in

Pahit Manis Mengasuh Anak Autisme Dari Kaca Mata Zarina Zainuddin

Page Zz2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pahit Manis Mengasuh Anak Autisme Dari Kaca Mata Zarina Zainuddin
Loading
/

Bulan April merupakan Hari Kesedaran Autisme Sedunia. So, mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk kita buka minda menerima dan memahami keistimewaan mereka yang mempunyai autisme.


Zarina Zainuddin merupakan pelakon terkenal di Malaysia yang mempunyai dua anak istimewa. Jom ikuti kisah pahit manis mengasuh anak autisme dari kaca mata Zarina Zainuddin melalui perkongsian di Facebook.

 

1. Anak-anak Zarina mempunyai tahap autisme yang berbeza dan popular di Instagram

A1
sumber: blog

Zarina Zainuddin mempunyai empat orang anak termasuk sepasang kembar lelaki yang menghidap autisme. Muhammad Razil Azrai atau Azil menghidap hyper autisme manakala Muhammad Raizal Azrai atau Azal mempunyai mild autisme yang dikesan ketika umur mereka tiga tahun.

Anak-anak Zarina telah pun dikenali ramai kerana dia rajin memuat naik gambar dan video mereka di Instagram serta selalu membawa Azal dan Azil ke mana-mana termasuk apabila keluar di kaca TV.

 

2. Zarina melayan anak-anaknya yang mempunyai autisme seperti anak-anak lain

View this post on Instagram

Salam Jumaat ???

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Katanya dia melayan anak-anaknya seperti kawan sendiri dan memanggil mereka dengan panggilan “saya” dan “awak” kerana lebih mesra serta mudah untuk berkomunikasi. Zarina membesarkan mereka dengan cara yang berbeza memandangkan kebolehan dan tahap autisme Azal dan Azil adalah berbeza.

Azal yang boleh bercakap dibesarkan macam anak-anak yang lain supaya boleh berdikari dan bekerja sekiranya ketiadaannya satu hari nanti. Azil yang tidak boleh bercakap merupakan cabaran baginya lagi-lagi dia masih perlu mengambil ubat untuk membantunya tidur.

 

3. Azal & Azil mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing

Azal yang mempunyai mild autisme masih boleh bercakap, membaca, menulis serta boleh dilepaskan untuk keluar ke kedai seorang diri dan pandai membeli barang yang diinginkan sendiri. Dia juga friendly serta hendak berkawan dan bergaul dengan orang ramai.

Namun, lain pula dengan Azil yang mampu mendengar tapi tidak dapat bercakap. Walau bagaimanapun, ia tak menjadi penghalang untuk Zarina bercakap dan bertanya Azil akan kehendaknya. Adalah cabaran besar untuk ibu tabah ini membawa Azil keluar kerana susah untuk mengawalnya.

 

4. Pada awalnya masyarakat sekeliling tak boleh terima keadaan anak-anaknya

Bercerita mengenai penerimaan masyarakat dengan anaknya, Zarina menceritakan pada zaman dahulu, sebelum kesedaran mengenai autisme meluas, orang sekeliling sering kata anak-anaknya kena sampuk, sawan dan ada penyakit gila babi.

Dia juga terkilan apabila orang memanggil anaknya gila dan dari keturunan gila sehingga ada yang bangun dari meja makan untuk ke tempat lain di restoran apabila dia dan anak-anaknya duduk di meja bersebelahan kerana takutkan mereka.

View this post on Instagram

??? #azilazal

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

 

5. Anak-anaknya pernah mengamuk dan membuat hal di tempat awam

View this post on Instagram

#part3 #azil #azilazal #tentrum #autism #autismawareness

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Anaknya sebelum ini pernah tiba-tiba mencapai dan meminum air orang lain di kedai makan dan menyebabkan orang tersebut mengamuk dan mempersoalkan kebolehannya dalam menjaga anak. Apabila Zarina menerangkan keadaan anaknya, orang tersebut tidak tahu akan autisme.

Azal juga pernah dipukul stranger kerana mengamuk sehingga menarik baju dan disangkakan cuba mencederakan Zarina. Tetapi nasib baik, Zarina sempat menghentikan lelaki tersebut dari melakukan pekara yang lebih serius kepada anaknya itu

 

6. Mendidik anak-anak Autisme adalah peluang nak kutip pahala

Zarina menggunakan cara lembut dan tegas dengan anak syurganya mengikut keadaan dan kesesuaian supaya anak-anaknya faham mana yang betul dan mana yang salah untuk kebaikan diri mereka.

Zarina juga mendedahkan anak-anaknya dengan dunia luar dan menjaga sehabis baik supaya masa depan mereka tidak terbazir begitu sahaja. Baginya, dia melihat menjaga dan mendidik anak-anak syurga ini sebagai satu peluang untuk mengutip pahala dengan cara senang.

 

7. Kasih sayang Azal dan Azil tiada tandingannya

Zarina memberitahu kasih sayang anak-anaknya terhadap satu sama lain tiada tandingannya. Azal sering menanti Azil untuk memanggilnya turun makan dan sering memimpin tangan adiknya apabila mereka keluar bersama. Kata Zarina, orang lain sebaya dengan mereka pastinya enggan memegang tangan sebegitu, berbeza dengan mereka.

 

8. Kata-kata untuk ibu bapa yang mempunyai anak autisme

Zarina mengingatkan ibu bapa yang mempunyai anak autisme bahawa ini adalah peluang yang diberi Allah untuk mendapat pahala dengan cara yang mudah. Amat penting untuk ibu bapa berikan yang terbaik dan berikan kasih sayang yang ikhlas tanpa membezakan anak yang normal dengan yang istimewa.

Ikuti video penuh di sini.

Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini sememangnya merupakan insan yang tabah. Selaku masyarakat sekeliling, adalah penting untuk kita faham dan menerima keadaan mereka yang menghidap autisme kerana mereka pun manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Zarina ni memang seorang ibu yang kuat! Lobak Merah doakan yang terbaik untuk keluarga ini…

Baca: Netizen Puji Sikap Sabar Bapa tetap ‘Cool’ Layan Kerenah Anak Autisme Mengamuk di Mall

Pageni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.