in

“Siap pasang lampu mcm disko” – 8 Ditahan Termasuk Ketua Balai, Berparti Liar Dalam Bilik Gelap di Balai Polis

Ft Ketua Balai Parti Liar Berkaraoke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang Ketua Balai Polis (OCS) dan tiga anggotanya serta empat wanita orang awam telah ditahan hasil serbuan Bukit Aman ketika sedang berhibur di pesta liar. Menurut Berita Harian, mereka berhibur di sebuah bilik khas di balai polis diketuai OCS itu, dalam daerah di Kajang, petang semalam.

Ketika serbuan dijalankan pasukan daripada Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman itu, sebahagian daripada mereka dipercayai sedang menari sambil berhibur dengan minuman keras serta air ketum dalam bilik yang terletak di tingkat dua balai berkenaan.


Serbuan dilakukan pada jam 6 petang itu sebaik saja JIPS menerima maklumat daripada orang awam dan difahamkan, anggota polis serta wanita yang ditahan sedang menari dan berkaraoke di dalam bilik gelap yang dipasang lampu berputar bagaikan disko.

Disco2

Hasil pemeriksaan, polis menahan OCS berpangkat Sub Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan serta empat wanita orang awam itu pula berusia antara 21 hingga 37 tahun.

Botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan satu unit TV turut dirampas pihak polis. Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata,

Tindakan pegawai, anggota dan orang awam terbabit yang berhibur di sebuah bilik di balai berkenaan dengan berkaraoke adalah menyalahi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.”

Tangkapan dijalankan oleh pegawai dan anggota JIPS Bukit Aman selepas mendapati tindakan itu jelas melanggar SOP.”

Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak jika mereka didapati melanggar peraturan atau SOP yang ditetapkan.”

Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengambil tindakan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit yang boleh membahayakan nyawa.

Baca: Annuar Musa Dituduh Langgar SOP, Warganet Kecam Lepas Tular Ciapan Lawat Pak Lah Ketika PKPD

Cats 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.