in

[VIDEO] Sakan Berjoget Tak Hirau SOP, Konsert Rock di Johor Bakal Disiasat Polis

Mosh Di Konsert Riuh Ek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan sebuah konsert yang dipercayai berlaku di Air Hitam, Johor Bahru, Johor.


Menerusi video itu, dapat dilihat orang ramai berhibur serta ‘berjoget’ dengan menampilkan muzik versi remix ‘Yang Penting Happy’ oleh Jamal Mirdad tanpa menghiraukan penjarakan sosial di tengah musim pandemik ini.

Konsert yang dipanggil ‘Riuh Ek’ ini juga katanya dikaitkan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, lapor Malaysiakini.

 

“Tak sepatutnya berlaku” – Polis 

Menurut sumber dalam Kementerian Komunikasi dan Multimedia, pihak berkenaan katanya telah menyerahkan hal tersebut kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya belum menerima laporan mengenai isu itu tetapi akan memulakan siasatan mengenainya.

Perkara seumpama itu tidak harus berlaku. Tidak boleh berpesta, ini akan menyebabkan keresahan kepada orang awam dan kita akan menjalankan siasatan serta ambil tindakan kerana sudah tentu (konsert) ini tidak patuh SOP jika mereka berhibur dan sebagainya,” katanya.

4Be5560Dd3C21F062B59D3E9C3Ff7094

Konsert ‘Riuh Ek’ yang diadakan pada Jumaat lepas (4 Mac) merupakan sebahagian daripada program Riuh Keluarga Malaysia oleh kementerian berkenaan yang bertujuan untuk bantu pulihkan industri kreatif yang terkandas akibat Covid-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Annuar Musa yang kini berada di Johor untuk berkempen bagi pilihan raya hujung minggu ini juga dilaporkan berada di majlis tersebut untuk menyampaikan ucapan.

Harap pihak polis ambil tindakan sewajarnya. Mungkin dah seronok sangat jadi dorang ni dah lupa SOP. 

Baca: Viral Video Remaja Ramai-Ramai Buat Kecoh, Netizen Minta Polis Siasat Isu Langgar SOP

Budak

Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.