in

Annuar Musa Dituduh Langgar SOP, Warganet Kecam Lepas Tular Ciapan Lawat Pak Lah Ketika PKPD

Cats 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular apabila Annuar Musa memuat naik satu ciapan yang mendakwa dirinya telah melawat rumah bekas Perdana Menteri, Pak Lah untuk makan tengah hari bersama.


Berdasarkan ciapan tersebut, Annuar Musa telah berkunjung ke rumah Pak Lah di Kuala Lumpur bersama isteri beliau, Rosniah Abdul Rahman selama dua jam.

3 1

Ciapan ini bagaimanapun telah dipadam oleh Annuar Musa selepas menerima kritikan dan kecaman yang hebat daripada warganet. Jelas warganet, rumah Pak Lah berada dalam kawasan PKPD dan Annuar Musa telah melanggar SOP yang ditetapkan.

Ciapan tersebut turut menimbulkan rasa sedih beberapa warganet yang sudah lama tidak berkunjung ke rumah keluarga kerana menuruti arahan kerajaan untuk tidak merentas daerah dan negeri.

20200225Ym35

Untuk rekod, sebelum ini, Annuar Musa pernah didakwa melanggar SOP yang telah ditetapkan. Pada bulan Januari lalu, Annuar menimbulkan kontroversi apabila dilihat berjoging dengan dua orang dari isi rumah yang berbeza.

Pada bulan Februari pula, Annuar juga dilihat makan bersama sekumpulan orang meskipun acara jamuan adalah dilarang pada ketika itu.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi daripada Annuar Musa berkenaan tuduhan melanggar SOP kerana melawat rumah Pak Lah di Kuala Lumpur ini.

 

BACA: Netizen Luah Rasa Geram Tengok Isteri Bekas Menteri ‘Show Off’ Dapat Travel Pergi France

Capture 11

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.