in

[VIDEO] Pengunjung Bersesak-Sesak Rebut Barang ‘Sale’, Pengurus Pasaraya Dikompaun RM1,000

Fi Sop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular baru-baru ini di media sosial beberapa video yang menunjukkan keadaan sesak di sebuah pasaraya akibat pengunjung berebut barangan promosi yang dipercayai bersempena dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina akan datang.

Menurut Kenyataan Media Ketua Polis Daerah Manjung, dua video asal berdurasi selama 11 dan 30 saat itu telah tular di halaman Facebook “We Are Malaysians”.


Ia memaparkan sekumpulan pengunjung sedang berebut barangan promosi yang dipercayai berupa minuman dalam tin di sebuah pasaraya di daerah Sitiawan, Perak. Tindakan orang ramai tersebut telah mengakibatkan penjarakan fizikal tidak dipatuhi.

Hasil siasatan oleh pihak IPD Manjung telah mendapati bahawa kejadian tersebut berlaku pada 7 Januari 2022 (Jumaat lalu), jam 9 hingga 9.30 pagi di Can Food Department, Pasaraya Econsave di Jalan Medan Sejahtera, Jalan Lumut, Sitiawan, Perak.

Ekoran kejadian tersebut, pihak pengurusan pasaraya berkenaan telah pun dipanggil oleh pihak IPD Manjung bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) daerah Manjung untuk memberi keterangan.

Hasil keterangan tersebut, satu kompaun telah pun dikeluarkan kepada pengurus pasaraya tersebut dengan nilai tawaran kompaun sebanyak RM1,000 atas pelanggaran SOP, iaitu Gagal Memastikan Penjarakan Fizikal Oleh Pengunjung Di Dalam Premis di bawah Akta 342.

Fiqzx6Fviamwhuq

Fiqzx6Evkaed2O7

 

Melalui kenyataan tersebut juga, pihak IPD Manjung menasihati orang ramai agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya penularan virus Covid-19 dapat dicegah lebih-lebih lagi di ambang musim perayaan nanti.

Baca: Tak Ada Istilah ‘Pilih Bulu’, KJ Mohon Maaf Program Kerajaan Tak Ikut SOP

Baca Sop

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.