in

“Shoot 4 hari, 28 scene, bayar RM1500” – Nazia Mustapha Berang Dapat Tawaran Lakonan Tak Masuk Akal!

Cc 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Agak-agak laa wei! What the ….. Ni Namanya melampau”

Itulah luahan dari seorang pelakon popular, Nazia Mustapha yang kecewa dan marah apabila menerima tawaran berlakon yang dianggap tidak masuk akal.


Menerusi perkongsian Nazia di Instagram peribadinya, dia berkongsi satu tawaran telefilem dengan bayaran RM1,500 untuk 28 babak dengan tempoh penggambaran yang mengambil masa 4 hari. Amboi amboi amboi…

https://www.instagram.com/p/CFtYDN5Fj39/?utm_source=ig_web_copy_link

 

Nazia turut tidak berpuas hati apabila pihak yang memberi tawaran lakonan tersebut menggunakan bahasa yang kurang sopan.

“Next time nak call artis nak bagi job. Kenal pasti siapa artis tu. Tolong lah ya. Aku tak pernah marah, tapi aku rasa kali ni melampau,”

“Pastu bahasa agak kurang ajar. Tak nak takpelah ramai artis yang nak. Biadap betul.”

Namun, Nadia tidak mendedahkan nama mahupun identiti pihak yang menawarkan kerja tersebut.

C3 1 5

 

“Tak reti marah lama-lama” – Nazia

Dalam pada itu, Nazia berkongsi satu posting lain yang menyatakan kekesalan tentang kenyataan sebelum ini namun mengakui dia tidak dapat menahan kemarahan.

C2 1

 

Sekarang ni dah la susah nak dapat job, lepas tu bagi offer murah. Bukan senang tau nak berlakon. Min pernah cuba tapi takde bakat.

Baca: “Design tangkap muat!” – Netizen Kecam Merchandise Tok Ti Kata Tak Cantik, Minta Lantik Pereka Profesional

C4 1 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.