in

“Design tangkap muat!” – Netizen Kecam Merchandise Tok Ti Kata Tak Cantik, Minta Lantik Pereka Profesional

Aa 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penghasilan merchandise dalam kalangan artis ternama sudah tidak asing lagi dalam industri hiburan. Peminat setia semestinya akan mengambil peluang ini untuk membeli dan menyimpannya sebagai kenangan.

Jika dahulu, poster dalam majalah menjadi dambaan peminat untuk dijadikan hiasan dinding di dalam bilik. Kini, baju dan tote bag antara yang menjadi pilihan ramai artis untuk diberikan kepada peminat mereka.


Nama besar, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang telah menempa nama lebih dua dekad dalam industri hiburan tanah air juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan merchandise.

A4 6

Namun, belum sempat untuk dijual kepada peminat, netizen sudah mula mengecam rekaan merchandise tersebut yang dianggap tidak cantik dan rekaannya sudah lapuk!

Semalam, Tok Ti ada berkongsi satu posting di Instagram untuk menguar-uarkan dua cendermata iaitu dua jenis hoodie dan Jurnal Manifestasiti Diri.

A 2 A1 4

Walau bagaimanapun, respon yang diterima dari netizen tidaklah seperti yang disangka.

Netizen mula mengkritik rekaan hoodie tersebut dan mencadangkan supaya Tok Ti mendapatkan nasihat dari pereka yang lebih professional setanding dengan pencapaian beliau di dalam industri.

A2 2

 

Rekaan baru akan dikeluarkan minggu hadapan

Setelah menerima pelbagai kecaman, Tok Ti sudah pun menurunkan posting tersebut di Instagram peribadinya.

Susulan itu, wakil dari kelab peminat (Siti Zoner) ada memberitahu di Twitter bahawa pihak Siti Nurhaliza Productions (SNP) akan mengeluarkan rekaan baharu tidak lama lagi. Dijangkakan rekaan itu akan dimaklumkan pada minggu hadapan.

 

Baca: “Patut dress kuning saya hilang” – Tok Ti Terhibur Tengok Parodi Bidadari Syurgamu, 7 Hari Mencintaiku 2

A5 2

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.