in

“I’m honestly torn in between” – Arena Wan Sedih Isu Keluarga Tular, Akui Tak Setuju Dengan Apa Yang Terjadi

Syaz Ft 73

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon teater Mansur & Liu, Arena Wan, baru-baru ini mendedahkan sisi hatinya yang serba salah dan buntu susulan kontroversi membabitkan keluarganya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di platform media sosialnya, Arena meluahkan rasa sedih kerana terpaksa berdepan situasi di luar kawalan akibat keputusan yang dibuat oleh bapanya sendiri.


Artikel berkaitan: “Pantang ada masa lapang mesti berlatih” – Ibu Tunjuk Tulisan Khat Anak Autism 11 Tahun Buat Ramai Kagum

Artikel berkaitan: Shila Amzah Kongsi Perkembangan Seth Uwais Sempena Hari Autisme, Bangga Anak Kini Makin Bijak

 

View on Threads

 

“I’m honestly torn in between. I love my family, and will support them but it doesn’t mean i also agree with everything they say or do,” luahnya.

Tambah pelakon itu lagi, dia berasa sedih melihat bapanya terjebak dalam krisis yang akhirnya membawa kesan kepada seluruh ahli keluarga. Bagaimanapun, dia mengakui perkara tersebut berlaku di luar bidang kuasa dan kawalannya.

Susulan keadaan yang semakin tegang, Arena mengesahkan bahawa dia bertindak memadam hantaran terdahulu kerana tidak mahu terus mengeruhkan keadaan. Tegasnya, dia secara peribadi tidak pernah terlibat mahupun menyokong sebarang motif di sebalik muat naik video kontroversi tersebut.

Sebelum ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh bapa Arena iaitu Iman Wan menerusi laman media sosial Adam’s Autism Family yang memaparkan keluarga itu mendakwa mereka tidak dibenarkan makan di sebuah restoran hanya kerana premis itu sedang ditutup untuk acara.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.