Doa pelawak dan penyanyi popular, Achey, bersama isterinya, Nor Hasanah binti Yahaya (Anne), akhirnya dimakbulkan selepas usaha panjang mereka selama 15 tahun membuahkan hasil apabila Anne disahkan hamil.
Menerusi perkongsian video yang menyentuh hati di media sosial, detik pengumuman kejayaan rawatan In Vitro Fertilization (IVF) kali kedua itu dikongsikan bersama peminat. Reaksi Achey yang terlampau gembira hingga terus sujud syukur di lantai bilik doktor benar-benar mengundang air mata penonton.
Artikel berkaitan: “Negara mana ni?” – Achey Tergamam Nak Jawab, Anak Tanya Jantina Tetamu ‘Red Carpet’ AJL
Artikel berkaitan: “Kau mengguris perasaan pejuang dua garis” – Achey Kecewa Pasangan ‘Childfree’ Bagi Alasan Anak Membebankan
Lebih mengesankan, kejayaan ini hadir selepas pelbagai liku-liku kesabaran ditempuh pasangan ini dalam usaha mendapatkan zuriat sendiri. Rintihan dan doa yang pernah dipanjatkan mereka di hadapan Kaabah ketika menunaikan umrah sebelum ini akhirnya diizinkan oleh Allah S.W.T.
View this post on Instagram
“Bukan sehari dua kami menunggu. Bukan setahun dua kami berharap. Tetapi selama 15 tahun, kami menyimpan impian yang sama…
Ada doa yang tidak pernah putus walaupun berkali-kali diuji. Perjalanan ini bukan mudah, tetapi kami percaya setiap yang Allah aturkan pasti ada hikmahnya.
Sehinggalah Allah hadirkan satu berita yang selama ini kami impikan,” tulis pasangan itu di ruangan kapsyen.
Untuk rekod, pasangan ini sebelum ini pernah mengambil seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara pada Mei 2018 bagi menyerikan rumah tangga mereka, sebelum meneruskan ikhtiar mendapatkan zuriat sendiri menerusi rawatan IVF.
Sumber: Instagram
