in

“Shame on you” – Anggap DSV ‘Kurang Beradap’, Fazley Yaakob Hilang Rasa Hormat

Collage 60

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Datuk Seri Vida (DSV) didakwa melabel penyanyi Anuar Zain dengan panggilan ‘gay’ ketika menjawab soalan peminatnya menerusi Instagram live.


Justeru itu, keluarga penyanyi tersebut, Ziana Zain dan Ernie Zakri telah menyelar tindakan usahawan kosmetik ini yang dianggap biadap.

Bagaimanapun, selepas video tersebut tular, DSV telah membuat kenyataan mengatakan yang orang ramai telah salah anggap dan perkataan yang dikeluarkan adalah ‘kay’ merujuk kepada ‘okay’ dan bukan ‘gay’ seperti yang disebut-sebut.

“Shame on you”

Pun begitu, penjelasan dari DSV ini masih tidak memuaskan hati ramai pihak. Ini termasuk juga dengan bekas peserta Gegar Vaganza 8, Fazley Yaakob yang turut meluahkan rasa kesalnya di Instagram atas tindakan usahawan tersebut.

Menurut penyanyi dan juga chef ini, ada orang yang diuji dengan kemiskinan namun kekal beriman walaupun serba kekurangan. Manakala, ada yang diuji dengan kekayaan tapi lupa diri sehingga merosakkan imej seseorang.

Sesetengah dari kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan kekal dalam iman walaupun dalam serba kekurangan

Sebahagian dari kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti, namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain dan melabel orang lain dengan kata2 yang boleh merosakkan imej seseorang.”

Selain itu, Fazley turut mengatakan usahawan kosmetik itu gemar mencari publisiti dan tak elok dijadikan contoh lebih-lebih lagi bila mempunyai pengaruh dan pengikut yang ramai.

Tak cukup dengan itu, Fazley turut mengatakan yang dia semakin hilang rasa hormat terhadap usahawan tersebut yang dianggap memalukan.

Shame on you! Maaf semakin hilang rasa hormat saya terhadap beliau yang seolah2 semakin buat tabiat.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak livenya yang telah di screen capture buruk padahnya.”

“Betul bang”

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata selebriti dan netizen turut bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh Fazley ini.

Screenshot 2022 01 27 At 11.51.23 Am Down

Haih, min harap kes ni tak berpanjangan dan DSV mungkin boleh minta maaf secara peribadi dekat Anuar Zain lepas ni untuk jernihkan balik keadaan.

 

Baca: DSV Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka Dekat Anuar Zain & Ziana Zain

Ft Anuar Vida 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.