in

“Cukup lah netizen hina” – Prince Syed Bengang DSV Tiba-tiba Petik Namanya

Ft Dsv 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hasrat untuk berniaga dengan tenang jadi terganggu buat usahawan dan pempengaruh sensasi, Prince Syed. Mana tidaknya, secara tiba-tiba nama dia menjadi bualan hangat netizen selepas ‘dipetik’ oleh usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) menerusi satu hantaran di Threads.

Tindakan itu ternyata memanggil rasa kecewa dan berang Prince Syed, 34, atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, memandangkan dia dan isterinya hidup bahagia bersama dua orang anak serta tidak pernah mempunyai sebarang isu dengan sesiapa.


Artikel berkaitan : Hadir Bersama Isteri, Prince Syed Tarik Balik Kes Cedera & Khianat Libatkan Keluarga Mentua Di Mahkamah

Artikel berkaitan : “Sudahlah buat spekulasi tak betul” -Tampil Kurus, Isteri Prince Syed Selesa Berat Badan 38KG

“Saya dan isteri hidup bahagia dengan dua anak kami, tak ada isu dengan sesiapa tapi kenapa nak petik nama saya? Saya tak kacau pun dia, malah kami pun tak pernah berjumpa.”

Kata-kata itu diberikan susulan dengan tindakan DSV memuat naik satu hantaran ringkas yang terus menjadi perhatian ramai:

‘Doa nak lelaki macam Syed Saddiq sekali dapat Prince Syed…lucu sekali’

Menurut Prince Syed, dia langsung tidak sedar mengenai kewujudan hantaran tersebut memandangkan dirinya sibuk menguruskan perniagaan di sebuah tapak acara di Pasir Gudang, Johor. Perkara itu hanya disedari selepas dimaklumkan oleh isterinya, Fatin Syazwani, 28, serta beberapa kenalan terdekat ketika dia sedang berehat.

Screenshot 2026 10 15 114226

“Saya sibuk berniaga di satu tapak acara dekat Pasir Gudang, Johor hari ini, jadi tak sempat nak tengok telefon.”

“Petang tadi iaitu ketika berehat, isteri maklumkan mengenai hantaran berkenaan dan bila buka WhatsApp, ada beberapa rakan maklumkan mengenainya, malah terlalu ramai yang ‘tagged’ nama saya dekat hantaran berkenaan.”

“Setahu saya, tiada orang lain guna nama Prince Syed jadi kalau bukan saya yang dimaksudkan, siapa lagi?”

“Setakat ini, saya tiada masalah dengan beliau (Datuk Seri Vida), malah suka mengikuti perkembangannya di media sosial tambahan bila dapat tahu fasa bahagianya.”

“Pendek kata, suka tengok kebahagiaannya dan turut mendoakan beliau tapi bila tengok hantarannya saya jadi hairan juga kenapa nama saya yang dipetik.”

Tegas Prince Syed lagi, dia sama sekali tidak boleh menerima hantaran berkenaan sebagai satu gurauan. Sebaliknya, perkongsian itu disifatkan seperti sengaja membuka ruang kepada warganet untuk melempar tohmahan dan menghinanya secara terbuka di ruangan komen.

“Saya tak anggap ia lucu kerana lebih kepada membuka ruang untuk ramai bercakap buruk mengenai saya di ruangan komen.

“Boleh baca sendiri ruangan komen dan orang yang ada akal fikiran waras boleh fikir dan bezakan antara lawak, jenaka atau hinaan.

“Terlalu banyak komen yang berbaur hinaan dan mentertawakan saya di ruangan komen, malah sampai sekarang beliau tak memadam hantaran itu.”

Screenshot 2026 10 15 115006

Beikutan dengan kejadian itu, Prince Syed memaklumkan bahawa dia sudah pun menghantar mesej peribadi menerusi media sosial kepada Vida, namun sehingga kini masih belum menerima sebarang balasan.

“Saya tunggu balasannya kerana nak tahu apa jawapannya.

“Bagi saya, kenyataannya itu mengaibkan dan tak boleh diterima. Cukuplah netizen (warganet) hina dan lemparkan pelbagai tohmahan.

“Hari ini, saya hilang kata-kata dan tak sangka bila orang berpengaruh seperti beliau pula buka ruang untuk netizen kecam saya.”

Setakat artikel ini ditulis, hantaran berkenaan masih belum dipadam dan pihak Datuk Seri Vida juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas berhubung isu ini.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.