in

DSV Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka Dekat Anuar Zain & Ziana Zain

Ft Anuar Vida 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kenyataan yang dianggap tidak sensitif itu ternyata telah mengundang rasa kurang senang pelbagai pihak, selepas kakak kepada Anuar Zain, Ziana Zain sendiri dah labelkan ‘gurauan’ Dato’ Seri Vida (DSV) itu sangat biadap.


Sebagai ahli keluarga, penyanyi lagu Boneka, Ernie Zakri juga menegaskan bahawa dirinya turut terkesan dengan insiden tersebut, lapor Utusan.

 

“Saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, Anuar Zain serta keluarga Zain.”

Disebabkan itu, malam tadi Vida telah membuat permohonan maaf secara terbuka khusus buat Anuar Zain dan Ziana Zain atas perbuatan dangkalnya itu menerusi Instagram miliknya.

Akui khilaf, Vida menyatakan bahawa dirinya tak berniat untuk terlepas cakap dan memberikan gurauan tanpa sengaja.

“Saya tak boleh nak ingat balik apa yang saya cakap tu sebab benda ni dah lama sebenarnya dan baru sekarang ni muncul, jadi apa pun saya minta maaf dan saya tidak berniat langsung dan saya meminati sangat-sangat Anuar Zain.”

Vida turut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas perbuatannya itu dan berharap agar dapat bersemuka dengan Anuar Zain. Bagaimanapun, dilihat ruangan komen dekat video itu ditutup.

Sebelum ini, Vida telah menarik perhatian orang ramai apabila kenyataan daripadanya mengenai soal jodoh bersama Anuar Zain tular di TikTok, dalam video tersebut Vida ada memberikan respon dengan cara berbisik, dikatakan bahawa penyanyi Lelaki Ini itu songsang.

 

Baca : “Tak patut pun keluar perkataan tu!” – [VIDEO] Netizen ‘Kenenkan’ DSV Dengan Anuar Zain, DSV Bisik ‘Gay’?

Ft Dsv Respon Ngorat Anuar Zain

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.