Sertai Acara Maraton Dari Syarikat Yang Berasaskan Riba, Dr Zulkifli Beri Penjelasan

Tambah ke Sumber Pilihan
Sertai Acara Maraton Dari Syarikat Yang Berasaskan Riba, Dr Zulkifli Beri Penjelasan

Hangat diperkatakan baru-baru ini tentang sebuah acara larian maraton yang dianjurkan di Kuala Lumpur oleh sebuah syarikat yang berasaskan riba yang telah menimbulkan persoalan tentang penyertaannya oleh orang Islam.

Menurut penjelasan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mantan Menteri di JPM dan juga mantan Mufti Wilayah Persekutuan, masyarakat islam perlu tahu bahawa riba itu merupakan perkara yang jelas pengharamannya oleh syara’.


Tambah Dr. Zul lagi, persoalan yang diajukan berkaitan dengan masalah mempromosikan sesuatu yang jelas pengharamannya dan berdasarkan Kamus Dewan, promosi didefinisikan sebagai usaha dan kegiatan untuk menggalakkan atau meningkatkan jualan barangan seperti pelancongan dan sebagainya.

Pexels Mateusz Dach 1072705Sumber: Gambar Hiasan

Jadi, segala bentuk usaha atau kegiatan yang boleh menggalakkan masyarakat atau mempertingkatkan jumlah pelanggan yang akan menggunakan sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat berasaskan riba tersebut adalah termasuk dalam maksud promosi tersebut.

Hal ini kerana ia boleh dianggap tolong-menolong dalam perkara kemungkaran sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Tambahnya lagi, berdasarkan pemerhatian, laman rasmi acara tersebut jelas menyebutkan institusi dan syarikat yang turut bekerjasama dan menyumbang bagi menjayakan acara larian jarak jauh tersebut.

Artikel berkaitan : Lari ‘Full Marathon’ Sambil Memakai Baju Melayu, Netizen Kagum Pelari Malaysia Cipta Rekod Di London

Artikel berkaitan : “Best dad ever!”- Bapa Sambut Hari Jadi Anak Syurga, Lari Maraton Sambil Tolak Kerusi Roda

Selain itu, baju yang diberikan secara percuma untuk mereka yang menamatkan larian itu turut dicetak bersama beberapa logo, antaranya, logo rasmi syarikat penganjur, logo acara maraton serta nama syarikat yang dimaksudkan serta logo rasmi syarikat menjual kelengkapan sukan.

Menurut penjelasan Dr. Zul, antara logo-logo yang disebutkan di atas terdapat unsur mempromosikan syarikat berasaskan riba dan ini jelas merupakan satu bentuk promosi yang dilarang.

Pexels Run Ffwpu 2683360Sumber: Gambar Hiasan

Hujah lain pula kerana “promosi” itu sendiri akan menjadi perantara dan asbab meningkatnya pengamalan riba di syarikat tersebut.

Kesimpulannya, seseorang muslim itu tidak boleh menyertai acara maraton yang dianjurkan oleh institusi berasaskan riba kerana ianya merupakan wasilah kepada perkara yang jelas pengharamannya, iaitu riba.

Selain itu, sekiranya dia mengetahui tentang pihak yang menaja acara tersebut menjalankan jual beli yang diharamkan oleh syara‘, tetapi masih degil dan enggan menjauhkan diri daripada mempromosikan syarikat tersebut, maka dia telah melakukan perkara yang haram dan berdosa.

Pun begitu, sekiranya dia tidak cakna tentang senarai penaja bagi acara maraton tersebut, atau tidak tahu bahawa syarikat tersebut menjalankan jual beli yang berunsurkan riba, maka Dr. Zul berharap mereka ini diberikan keampunan oleh Allah SWT atas kesilapan apa yang mereka telah lakukan tanpa pengetahuan.

Dalam masa yang sama, Dr. Zul menasihatkan para pendakwah agar tidak memukul rata kesemua peserta yang sertai acara maraton ini sebagai pendosa yang sengaja mempromosikan syarikat berasaskan riba.

Sumber : Maktabah al- Bakri

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aryl Je
Lagi tulisan Aryl
Kononnya traveller tegar yang suka tangkap gambar, penyokong bola sepak tempatan. Bercita - cita nak tawan Gunung Kinabalu sebelum pusing satu Asia Tenggara.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Sertai Acara Maraton Dari Syarikat Yang Berasaskan Riba, Dr Zulkifli Beri Penjelasan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/sertai-acara-maraton-dari-syarikat-yang-berasaskan-riba-dr-zulkifli-beri-penjelasan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM