in

“Seremm banget” – [VIDEO] Terbiar 3 Bulan Sebab Covid-19, Pelajar Histeria Teruk Lepas Pulang Ke Universiti

Histeria

Pandemik Covid-19 melumpuhkan semua aktiviti harian termasuklah kuliah di universiti. Disebabkan itu, pelajar-pelajar di Indonesia diarahkan agar pulang ke rumah masing-masing namun, selepas berbulan tidak berpenghuni rumah pelajar di Jogjakarta ini telah ‘dihuni’ makhluk lain.

Menurut Kumparan, beberapa hari lepas seorang pelajar perempuan dilaporkan histeria selepas pulang ke rumahnya di universiti yang ditinggalkannya selama 3 bulan.

Video ketika kejadian yang dirakamkan orang awam mula viral selepas dimuat naik oleh satu akaun di Instagram baru-baru ini. Melalui video itu, difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah kampus Universitas Ahmad Dahlan (UAD) Jogjakarta.

Histeris1

Dalam video itu, ada orang dilihat mengerumuni bahagian depan rumah tersebut dan seperti tidak tahu mahu berbuat apa serta hanya berdiri di situ. Pelajar perempuan yang mengalami histeria itu berada di dalam sambil menjerit-jerit sementara pintu dan tingkap rumah tersebut ditutup. Tiga lelaki dilihat berada di tepi pagar rumah itu dan bersembang sementara dua individu juga dilihat berada di depan pintu serta tingkap rumah yang bertutup itu.

Ramai netizen yang menonton video itu memberi komen termasuklah pelajar yang berkongsi pengalaman seram mereka di kawasan rumah tersebut sebelum ini.

Kata seorang lelaki, sebelum ini dia pernah ternampak bayang seperti ada orang mengintip di tingkap. Dekat Twitter juga kisah ini menjadi viral dan rata-rata netizen berkata mereka berasa takut untuk pulang ke kampus lepas tengok video tersebut.

Baca: “Takkan lah hantu pulak mengaji bulan puasa ni” – [VIDEO] Video Suara Misteri Wanita Mengaji Tular Di Indonesia, Rupanya Dia Sebenarnya…

Feature 3 3

Sumber: Instagram