in

Seramai 7100 Pekerja Malaysia Jadi Pekak Selepas Bekerja dalam Industri Pengilangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemalangan di tempat kerja kadang kala tidak dapat dielakkan. Kes pekerja yang cedera semasa menjalankan tugas juga banyak dilaporkan dalam berita-berita tempatan. Namun, ada sebilangan individu menghadapi risiko kecederaan yang lebih teruk di tempat kerja sehingga boleh menyebabkan kecacatan.


Menurut Berita Harian, 7100 pekerja di seluruh negara direkodkan mengalami masalah hilang pendengaran berpunca di tempat kerja sepanjang tahun lalu. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kormain Mohd Noor menyatakan bahawa 3600 pekerja daripada jumlah tersebut mengalami pekak pelbagai peringkat.

Gambar hiasan

“Ini berdasarkan jumlah kes hilang pendengaran yang dilihat meningkat secara konsisten sejak 2015 yang direkodkan sebanyak 5,000 kes membabitkan industri pengilangan membuat botol kaca, logam, besi, tin dan kuari.”

Gambar hiasan

“Bagaimanapun pekerja terbabit masih lagi bekerja dan sebahagiannya masih menjalani pemeriksaan berulang.”

Kormain memaklumkan bahawa pihak JKKP sedang mempergiat usaha untuk mempromosikan konsep Pencegahan Kemalangan Melalui Rekabentuk (PtD) yang mengetengahkan ciri-ciri keselamatan lebih efektif bagi meningkatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Sumber: Berita Harian

Mengikut Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, majikan yang tidak mematuhi kehendak kewajipan am dan tidak mementingkan keselamatan pekerja boleh didenda RM50,000 atau dua tahun penjara, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Sentiasa berhati-hati tidak kiralah apa jenis pekerjaan sekalipun yang anda lakukan kerana malang tidak berbau.  

Baca: Penjawat Awam Akhirnya Dipecat Selepas Ponteng Kerja Lebih Daripada 2,000 Hari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.