in

Penjawat Awam Akhirnya Dipecat Selepas Ponteng Kerja Lebih Daripada 2,000 Hari

Pagepa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mendapatkan pekerjaan pada zaman sekarang bukan sesuatu yang mudah. Ramai yang masih berlumba-lumba mencari pekerjaan demi sesuap nasi. Mereka yang diberi peluang bekerja sepatutnya lebih bersyukur dan mengelakkan daripada melanggar peraturan seperti ponteng kerja.



Menurut Free Malaysia Today, terdapat satu kes di mana seorang penjawat awam yang bertugas di kawasan pedalaman dibuang kerja kerana tidak hadir bertugas selama 2,002 hari! Itu dah ponteng lebih daripada lima tahun tu! 

Pa2
gambar hiasan

Penjawat awam yang bertugas di Kementerian Pendidikan tersebut dikatakan mungkin mempunyai masalah keluarga, bebanan hutang dan beban tugas harian yang menyebabkan dia tidak dapat menghadirkan diri ke tempat kerja.

“Saya tidak kata guru…mungkin kerani, mungkin pembantu makmal,” kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid selepas merasmikan Hari Integriti Kementerian Pendidikan di Putrajaya baru-baru ini.

Di samping itu, Mahdzir juga menekankan kepentingan penjawat awam untuk mengekalkan integriti bagi mengelak tindakan dibuang kerja.

“Kita tidak tahu apa masalahnya hingga guru besar pujuk bertahun-tahun (untuk datang kerja).”

Pa3
sumber: ismaweb

Mereka yang bekerja di kawasan pedalaman selalunya berhadapan isu seperti terpaksa menaiki bot selama enam jam, menaiki kereta selama dua jam dan kemudian berjalan kaki selama empat jam. Namun, Mahdzir tidak mengatakan bahawa itu adalah masalah yang dihadapi oleh mana-mana penjawat awam.

Selain itu, Mahdzir menegaskan bahawa kesalahan ponteng kerja tidak boleh dipandang ringan dan tindakan drastik akan diambil setelah siasatan lanjut dijalankan. Betul tu! 

Tertanya-tanya juga bagaimana penjawat awam tu boleh ponteng sampai 2002 hari, baru nak kena pecat… Kalau kat tempat lain dah lama dah kena buang ni.

Baca: Lelaki Maut di Johor Bahru Akibat Bekerja Keras Selama 13 Jam Setiap Hari Tanpa Henti!

13Jam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.