“Seram tengok”- [VIDEO] Puluhan Mayat Dipercayai Korban Coronavirus Dibiarkan Atas Lantas Hospital Iran

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Satu rakaman video viral di media sosial menunjukkan berpuluh-puluh mayat dipercayai korban wabak maut Covid-19 di Iran kelihatan terbiar di lantai sebuah hospital.

Klip yang mencapai hampir 1 juta tontonan ini menunjukkan beg atau sarung mayat diletakkan di lantai sebuah hospital di bandar Qom.

Dalam rakaman tersebut juga napak perakam berjalan memasuki beberapa ruangan hospital yang menempatkan mayat-mayat dipercayai korban Covid-19, lapor Daily Star.

*klik SINI untuk tonton video

Bagaimanapun sehingga kini tiada kenyataan rasmi berhubung penularan video tersebut.

Sehingga kini ramai yang mempersoalkan tindakan mayat tersebut dibiarkan di atas lantai dan tidak dikebumikan atau sebarang urusan yang sepatutnya.

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan Iran pada Rabu mengesahkan korban Covid-19 di negara itu meningkat kepada 92 kes dengan 2,922 lagi ke dijangkiti.

 

Baca : Hanya sebab dia Cina- Fobia COVID-19 Punya Pasal, Lelaki Cina Ini Dibelasah Tanpa Sebab Di London

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.