in

“Hanya sebab dia Cina”- Fobia COVID-19 Punya Pasal, Lelaki Cina Ini Dibelasah Tanpa Sebab Di London

Feat 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wabak maut Coronavirus atau dikenali sebagai COVID-19 kini menjadi perhatian dunia, selepas sehingga kini dicatatkan seramai 92, 327 orang dijangkiti dengan 3,165 kematian melibatkan 80 buah negara di seluruh dunia.


Keadaan ini sekaligus mencetuskan panik global ekoran wabak ini didakwa mudah tersebar antara individu kepada individu lain.

 

“I don’t want your coronavirus in my country”

Susulan itu seorang pelajar warga Singapura berbangsa Cina berkongsi di facebook berkenaan ‘layanan’ yang diterima daripada masyarakat berikutan wabak COVID-19.

Update: I appreciate all the support I’ve been getting and I’m glad that this issue has sparked a debate about racism….

Posted by Jonathan Mok on Monday, March 2, 2020

“Isnin lepas kira-kira pukul 9.15pm di Oxford Street, London saya berjalan melintasi sekumpulan lelaki sebelum saya nampak salah seorang daripada mereka memandang saya dan berkata sesuatu kepada saya, yang mana saya mendengar perkataan ‘coronavirus’.

“Saya terkejut dan memandang lelaki yang berkata itu. Dia lantas menjerit kepada saya

“Don’t you dare look at me, you……….”

Saya tak berapa faham ayat akhir sebab accentnya.”

 

Ingatkan kejadian itu dah berhenti kat situ, rupa-rupanya…

2 2

“Dalam masa 3 saat lelaki itu sudah berada di depan muka saya bersama kira-kira 3 ke 4 pemuda lain dan seorang gadis (lebih kurang 20 tahun). Saya terkejut dan marah sebab dia melontarkan kata-kata berbaur perkauman kepada saya seolah-olah saya ada berbuat salah kepada mereka.

“Tiba-tiba saya ditumbuk tanpa saya sedari sebelum tumbukan kedua ditujukan sekali lagi ke muka saya. Bukan itu sahaja, kawan kepada lelaki yang tumbuk saya tadi juga menendang saya ketika saya cuba menjelaskan keadaan sebenar kepada orang yang lalu di kawasan itu yang cuba memberi bantuan namun kemudian…

“I don’t want your coronavirus in my country”

“Itu merupakan kata-kata salah seorang lelaki dari kumpulan tersebut sebelum dia menumbuk saya sehingga menyebabkan pendarahan di muka.”

 

Dikatakan kumpulan lelaki itu sempat melarikan diri sebelum pihak polis tiba. Jonathan kemudian dikejarkan ke bahagian kecemasan bagi mendapatkan rawatan.

Dia telah laporkan perkara itu kepada pihak polis, bagaimanapun dilaporkan pelaku masih belum ditangkap.

Baca : Kena coronavirus pun tak insaf lagi- Pendedahan Mengejut Rakyat China, Dakwa Kerajaan Masih Seksa 3 Juta Muslim Di Kem Tahanan Setiap Hari

1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.