in

“Sepatutnya saya happy, apparently I’m not..” – Seminggu Lagi Nak Bertunang, Barang Hantaran Pun Tak Cari Lagi

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perempuan kalau dah sayang seseorang lelaki tu kebiasaannya dia akan bersungguh-sungguh. Kalau boleh mesti nak kahwin secepat mungkin.


Begitu juga dengan wanita bernama Didi yang dah menyulam kasih bersama Adam selama 2 tahun sebelum berbincang untuk berumahtangga, seperti dikongsikan di Facebook.

Masuk duit dalam akaun Adam

Selama setahun, mereka sama-sama membuat simpanan untuk melangsungkan perkahwinan. Dan bagi membantu Adam, Didi turut masukkan duit ke dalam akaun bank Adam setiap bulan. Effort woi!

Ini dibuat tanpa pengetahuan keluarga bagi menjaga air muka Adam. Tapi selepas setahun, Adam tetap tak masuk meminang sampai keluarga Didi bertanya.

11849525 Ep Gawb0Gqgt4Fnrocmztm2Gynp2
sumber: foursquare

“Masuk pula Raya tahun tu, batang hidung pun tak datang beraya di rumah sedangkan mak ayah dah bertanya “Adam tak datang beraya ker?”. Disebabkan selalu sangat Adam delay benda-benda macam ni, sedikit sebanyak saya mula tawar hati.

Bagi seorang perempuan, saya merasakan Adam tak serius dengan saya. There’s no us in his future plan.”

Umur saya dah nak masuk 3 series..

Perempuan semakin berumur, semakin susah untuk pregnant. Banyak komplikasinya nanti. Takkan nanti anak kawan-kawan dah besar, Didi masih nak susah payah bekerja demi persekolahan anak-anak?

Oramg Tua
sumber: the star

“Umur saya pula dah nak masuk 3 series. Semua benda saya fikirkan. Bila nak dapat anak? Kot kalau kahwin lambat, by the time anak masuk darjah 1, saya ni dah umur 40 tahun dan baru nak hantar anak ke sekolah.”

Rupa-rupanya Adam belum bersedia dan minta Didi tunggu. Dia cuma berkata “Tengok lar nanti macam mana”.

Tunang 5Ujhu7
sumber: ever after

So, putuslah! Tapi bila nak move on, Adam ajak bertunang.

Sepatutnya saya rasa happy lar kan..

Sepatutnya Didi happy la kan? Tapi apparently tak! Sebab dia rasa Adam macam terpaksa je. Bagi memudahkan keadaan, Didi tak minta pun cincin merisik. Cukup pakai cincin tunang yang dah dibeli je masa kumpul duit dulu.

Tunang 3
sumber: wanista

“Seminggu lagi nak bertunang, barang-barang hantaran pun tak cari lagi. Saya syorkan pada Adam untuk share 50:50 beli barang hantaran. Sebab saya faham dan tak nak susahkan Adam. Saya cuba untuk permudahkan urusan Adam. Adam tak nak. End up, saya beli sendiri barang perempuan pakai duit sendiri.”

Kalau macam ni layanan Adam terhadap saya, macam mana bila kahwin nanti? 

Hati perempuan mana yang takkan terusik? Ibubapa mana yang tak sedih tengok perasaan anaknya dimain-mainkan macam ni sekali.

“Kalau macam ni layanan Adam terhadap saya, macam mana bila kahwin nanti? Tak kan nak makan hati setiap hari? Tak kan nak tidur berbasahkan air mata? My father did not raise me up to be treated like this. 

Image
sumber: karangkraf

“Ayah sampai cakap, solat istikharah. Ayah rasa Adam ni tak serius dengan kakak. Tapi kalau betul jodoh kakak dengan Adam, ayah redha, Menitik air mata anak perempuan dia ni.”

Ayah will still be here for u

Jadi mereka pun putus terus demi kebaikan bersama. Nasib baik keluarga Didi sangat supportive.

Ayah pun cakap, ‘”Kalau kakak tak kahwin pun, ayah will still be here for u”.

Dalam keadaan macam ni selalunya orang akan kata, takpelah. Adalah nanti lelaki lain Allah swt sediakan untuk Didi. Tapi lukanya, cuma pemilik hati saja yang tahu.

Apa-apa pun, sayangi diri sendiri dulu. Tu lagi penting.

Baca: Sedih… Tunang Mati Beberapa Minit Sebelum Majlis Kawin

Tunang 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.