in

“Sepatutnya hari bermakna buat mereka” – Graduan USIM Warga Palestin Yang Syahid Terima Anugerah Khas

Syahid 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini pernah tular di media sosial tentang pasangan warga Palestin yang merupakan graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah syahid akibat serangan bom oleh rejim zionis Israel di Gaza, Palestin.


Menurut Harian Metro, pasangan tersebut adalah penuntut program Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Pengurusan Sumber Manusia, Allahyarham Dr Mohammed J H Alzaanin dan isterinya, Allahyarhamah Kholoud M H Elzaneen yang mengikuti program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan) Fakulti Sains dan Teknologi dari universiti yang sama.

Baru-baru ini, Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke-21 yang diadakan pada 12 Disember telah menjadi saksi kejayaan bagi dua graduan warga Palestin yang telah syahid itu.

@usimofficial

Hari ini sepatutnya menjadi hari bermakna bagi 2 orang graduan USIM dari Palestin. Sedihnya mereka tidak dapat bersama kita dalam #Konvo21USIM

♬ Sad piano ballad (BGM / sad)(936782) – TrickSTAR MUSIC

Hantaran yang dikongsi oleh akaun TikTok rasmi @usimofficial memaparkan suasana hiba istiadat tersebut apabila video wajah mereka berdua ditayangkan di skrin besar dalam majlis itu.

Artikel berkaitan: “Jangan Solat Jenazah Ke Atas Kami” | Khabar Dari Palestin

Artikel berkaitan: “ak hormat saudara di Palestin” – Ulama ISMA Gesa Konsert Coldplay Di Malaysia DIBATALKAN

Duta Besar Palestin wakil terima anugerah

Menurut laman web rasmi USIM, Duta Besar Palestin, Tuan Yang Terutama Walid A. M. Abu Ali telah hadir dalam majlis istiadat itu bagi mewakili dua graduan USIM yang telah syahid itu.

Mereka yang telah syahid itu menerima Ijazah Anumerta yang dianugerahkan oleh Canselor USIM, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Walid yang mewakili dua orang syahid itu menzahirkan rasa terima kasih kepada USIM kerana menganugerahkan ijazah kepada dua orang syahid yang sepatutnya hadir bagi meraikan kejayaan mereka.

Mneyingkap di ruangan komen dalam video itu, ramai netizen sedih akan pemergian pasangan yang telah syahid itu.

Syahid 1 Syahid 2

Untuk rekod, dalam serangan pada 8 Oktober 2023, pasangan itu disahkan syahid di perkampungan mereka di Bait Hanon termasuklah yang terkorban adalah empat orang anak mereka dan seorang sahaja yang disahkan selamat.

Sumber: USIM, TikTok, Harian Metro

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.