“Sepatutnya aku suamimu” – Bercinta 6 Tahun, Lelaki Meratap Tengok Teman Wanita Nikah Dengan Orang Lain Sebab…

Tambah ke Sumber Pilihan
“Sepatutnya aku suamimu” – Bercinta 6 Tahun, Lelaki Meratap Tengok Teman Wanita Nikah Dengan Orang Lain Sebab…
Lobak Merah
Lobak Merah
"Sepatutnya aku suamimu" - Bercinta 6 Tahun, Lelaki Meratap Tengok Teman Wanita Nikah Dengan Orang Lain Sebab...
Loading
/

Seorang pemuda hanya mampu menangis dan pasrah melihat kekasih hatinya menjadi isteri orang lain, lapor Suara. Aswar Anas dan Asni dari Sulawesi Barat itu bahkan telah menjalin hubungan cinta selama 6 tahun.

Meskipun kecewa, Aswar tetap kuatkan hati dan hadir ke majlis perkahwinan Asni dengan lelaki lain tersebut. Namun, sebaik sampai dia tidak dapat menahan kesedihan dan menangis melihat orang yang dicintai disatukan dengan orang lain pada 2 September lepas.


Video viral di Facebook menunjukkan Aswar menyerbu masuk bilik pengantin dan meratap hingga menangis tersengguk-sengguk. Bukan tu je, disebabkan tak tahan melihat Aswar kesedihan, Asni turut sama menangis bersamanya.

Kesian2

Kesian1
Sumber: Facebook

Aswar dilihat terduduk di lantai dalam bilik pengantin sambil menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh keluarga. Dia dilihat menutup muka dan menundukkan kepala serta sukar bernafas sampai terpaksa buka mulut untuk tarik nafas.

Keluarga kemudian segera bawa Aswar keluar dari bilik tapi masih boleh didengari suara dia menangis dari luar. Beberapa orang kemudian dilihat cuba menenangkan Aswar yang duduk di atas sofa. Rupa-rupanya, Aswar dan Asni tidak boleh disatukan kerana perbezaan agama.

Kesian3
Sumber: Facebook

Menurut Sosok juga, lambat masuk meminang juga menjadi salah satu punca mereka tak dapat berkahwin. Kebetulan ada lelaki lain menyampaikan niat untuk memperisterikan Asni dan lantas keluarga bersetuju.

Ramai netizen yang tonton video tu mengaku yang mereka juga berasa sebak dan tak dapat tahan kesedihan melihat nasib pasangan tu. Apatah lagi mereka berpisah bukan dengan hati yang rela.

Selain bersimpati dengan Aswar mereka juga berharap dia dapat move on serta jumpa dengan pasangan yang lebih baik. Bak kata orang, cinta tu tak bermaksud memiliki. Huhuhu…

Mesti dia akan ambil masa yang lama untuk lupakan perempuan tu dan move on.

Baca: “Nampak accident dekat FB” – Lelaki Kahwin Dengan Mayat Tunang, Maut Kemalangan Sebulan Sebelum Majlis

Tunang Maut

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Sepatutnya aku suamimu” – Bercinta 6 Tahun, Lelaki Meratap Tengok Teman Wanita Nikah Dengan Orang Lain Sebab…
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/sepatutnya-aku-suamimu-bercinta-6-tahun-lelaki-meratap-tengok-teman-wanita-nikah-dengan-orang-lain-sebab/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM