in

“Nampak accident dekat FB” – Lelaki Kahwin Dengan Mayat Tunang, Maut Kemalangan Sebulan Sebelum Majlis

Tunang Maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan senang untuk menerima pemergian orang yang kita sayang apatah lagi bagi mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Menurut Asia One, satu kemalangan telah berlaku di Cu Chi dekat bandar Ho Chi Minh telah meragut nyawa seorang wanita berusia 25 tahun.


Mangsa merupakan tunang kepada Dang Thien An, 25, dan mereka telah menjalinkan hubungan bertahun lamanya serta bakal disatukan bulan depan. Dang dan tunang kedua-duanya bekerja di Jepun bersama namun wanita itu pulang ke Vietnam untuk menguruskan hal perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung pada 29 September nanti.

Tunang2

Tunang3
sumber: facebook

Malangnya pada 25 Ogos baru-baru ni, wanita itu yang sedang menunggang skuter di jalan cuba mengelak lopak air namun sebuah kereta dari arah bertentangan tidak sempat menekan brek dan melanggarnya.

Ketika itu, keluarga wanita berkenaan terus dimaklumkan tentang kemalangan terbabit namun malangnya tunang Dang maut serta merta di tempat kejadian. Salah seorang orang awam membuat Facebook live di tempat kejadian untuk memberi peringatan agar orang ramai elak guna jalan tu sebab traffic jam.

Lebih menyedihkan, pada masa yang sama Dang tonton Facebook live itu dari Jepun dan ternampak mayat tunangnya di atas jalan raya tersebut. Dang terus tanya dekat netizen yang rakam live tu dan kecewa selepas dapat tahu wanita itu memang tunangnya.

Tunang4
sumber: baomoi

Dia kemudian terus beli tiket penerbangan pulang ke Vietnam dan membuat pengumuman di laman Facebook,

Majlis perkahwinan kami akan diadakan pada 10 malam ini. Harap semua orang dapat meluangkan masa untuk hadir ke majlis kahwin kami untuk ucapkan selamat tinggal pada isteri saya.”

Status Dang jadi viral dan ramai kawan serta keluarga berkumpul di rumah tunangnya untuk menyaksikan detik perkahwinan mereka yang menyedihkan.

Dang dilihat melutut di tepi keranda tunangnya dengan sejambak bunga sambil mengeluarkan kotak berisi cincin yang sepatutnya disarungkan pada tunangnya sewaktu majlis kahwin mereka. Lepas sarung cincin pada jarinya, Dang berkata,

Saya memang dah rancang untuk menyanyi untuk awak pada majlis kahwin kita tetapi saya hanya boleh menyanyi sekarang. Saya mahu langsungkan perkahwinan kita sekarang.”

Tunang5

Tunang7
sumber: youtube

Ketika Dang menyanyi, ramai tetamu yang hadir untuk beri penghormatan terakhir berasa sebak dan turut menangis. Lepas tu Dan sempat beri ucapan,

Isteri saya adalah orang paling baik saya pernah jumpa dan saya akan cuba yang terbaik untuk hidup tanpanya. Dia cakap dia suka rantai nipis tapi saya tahu dia cakap tu sebab dia taknak saya bazirkan duit untuknya. Saya selalu bekerja keras untuk berikan apa yang dia inginkan dan saya akan terus buat macam tu.”

Tunang6
sumber: nguoi dua tin

Menurut Dang, dia dan tunangnya merancang untuk menetap di Jepun selepas perkahwinan mereka namun semua itu tidak tercapai jadi dia tinggalkan rantai yang telah dibeli untuk tunangnya dekat sebelah gambar wanita itu.

Tak apa, awak pergi syurga dulu dan tunggu saya, saya akan sentiasa berada di belakang dan cuba hidup tanpa awak.”

 

Baca: “Majlis kahwin bulan depan…” – Askar Mati Lepas Buat Latihan Terjunan, Parachute Tak Buka Masa di Udara

Askar Maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.