in

“Senang budak-budak nak guna” – Cikgu Buat Hand Sanitizer Khas Untuk Murid, Tak Payah Sentuh Pun!

Feature 4 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kerajaan telah pun mengumumkan bahawa pelajar sekolah tingkatan lima dan enam akan kembali ke sekolah seperti biasa pada 24 Jun nanti. Mesti dorang happy sebab akhirnya boleh jumpa kawan-kawan semula.


Jadi, seorang pendidik ni pun mengambil inisiatif untuk membuat hand sanitizer yang tidak perlu disentuh, lapor Harian Metro.

Hand 2

Difahamkan, Mohamad Iqbal Kamudin yang merupakan guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (3), dia telah membuat sendiri alat pemicit cecair pencuci tangan tersebut. Sampai macam tu sekali cikgu ni ambil berat tentang students dia. 

Katanya, alat tersebut hanya perlu ditekan menggunakan kaki dan cecair tersebut akan keluar dari kepala paip. Senang lah lepas ni kalau budak-budak sekolah nak guna. 

Hand 3

Hand 1

Difahamkan, guru yang berusia 37 tahun ini telah menggunakan batang paip yang kemudiannya dilekatkan bersama dengan gam polivinil klorida (PVC). Untuk kestabilan alat itu juga, pasir pula digunakan sebagai pemberat. Kreatif dan inovatif betul cikgu-cikgu kita ni. 

Bagus jugak inisiatif macam ni. Mungkin sekolah-sekolah lain pun boleh try jugak idea ni. 

Baca: “Ni dah vandalism!” – Ada Yang Sengaja Tukar Kandungan Hand Sanitizer Dengan Air Green Tea?  

Hand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.