in

Konon Nak Jimat Kos, Peniaga Tergamak Guna Pencuci Lantai Sebagai ‘Hand Sanitizer’

Ft Hand Final E1611972813427

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini, hand sanitizer menjadi satu keperluan wajib yang digunakan oleh orang ramai selain daripada face mask untuk tujuan membasmi kuman.


Para usahawan atau peniaga yang membuka perniagaan sewaktu tempoh ‘perang’ Covid-19 yang masih belum tamat ini diwajibkan untuk menyediakan cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer ini di premis-premis perniagaan mereka untuk kegunaan para pelanggan.

Disebabkan harganya yang agak mahal, ada sesetengah peniaga yang cuba untuk ‘cut cost’ dengan menggantikan penggunaan hand sanitizer ini dengan produk lain yang dianggap lebih murah dalam premis perniagaan mereka untuk kegunaan para pelanggan.

 

Guna cecair pencuci lantai ganti hand sanitizer

Namun, perbuatan seorang peniaga dari Jempol, Negeri Sembilan ini dianggap keterlaluan gara-gara dia tergamak menggunakan cecair pencuci lantai bagi menggantikan hand sanitizer di premis perniagaannya.

Dia dikatakan bertindak sedemikian gara-gara ingin berjimat selain harga pencuci lantai jauh lebih murah daripada hand sanitizer yang dijual dalam pasaran.

Walau bagaimanapun, tindakan peniaga itu berjaya ‘dihidu’ oleh pihak polis yang menjalankan operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bersama agensi lain di sekitar daerah Jempol pada 1 November lalu.

Feat Hand 1

 

Ingat boleh hapus kuman pada tangan

Lapor Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superitendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, peniaga berkenaan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 berikutan kesalahan itu.

Katanya lagi, peniaga tersebut mendakwa pencuci lantai berkenaan boleh menghapuskan kuman pada tangan selain harganya murah.

Perbuatannya itu jelas menganiaya kesihatan orang lain kerana kandungan bahan pencuci lantai boleh mendatangkan masalah kepada manusia.

 

Empat kesalahan lain

Selain itu, pihaknya juga mengeluarkan empat lagi kompaun kepada peniaga dalam operasi itu antaranya kesalahan tidak memakai face mask, tiada daftar masuk pelanggan, tidak menyediakan buku daftar pelanggan dan tidak mengehadkan jumlah pelanggan yang masuk ke dalam premis.

Mohd Hafiz berkata, pihak polis akan terus menjalankan operasi pematuhan seluruh daerah bagi memastikan orang ramai termasuk peniaga mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Kegagalan mematuhi SOP akan menyebabkan mereka dikompaun tanpa sebarang amaran.

Yang selalu min jumpa, peniaga campur air dalam hand sanitizer. 

Baca: “Ni dah vandalism!”  Ada Yang Sengaja Tukar Kandungan Hand Sanitizer Dengan Air Green Tea?

Baca Hand

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.