in ,

“Ni dah vandalism!” – Ada Yang Sengaja Tukar Kandungan Hand Sanitizer Dengan Air Green Tea?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan musim pandemik Covid-19 ni, ramai yang sediakan hand sanitizer secara percuma untuk memudahkan pengguna membersihkan tangan. At least kalau terlupa nak bawak pun, kita still boleh guna. 


Namun, di Singapore, ada individu yang tidak bertanggungjawab telah mencampurkan kandungan cecair sanitasi tangan tersebut dengan cecair misteri lain yang berwarna coklat, lapor Mothership.

Cecair pelik terbabit dipercayai merupakan air minuman green tea. Eww, mesti melekit-lekit tangan kalau ada yang terguna hand sanitizer ni. 

Kejadian itu telah viral apabila warga Singapura, Vincent Loo telah berkongsi gambar hand sanitizer terbabit di Facebook.

Hand sanitizer itu difahamkan telah diletakkan di sebuah lif bangunan Woodlands HDB.

Katanya, tak mungkin air kencing sebab dalam lif tu tak ada bau hancing namun botol air teh hijau dan kesan air green tea yang tumpah telah ditemui di lantai lif terbabit. Kenapa lah ada yang nak rosakkan harta benda awam? 

Lagi kesian, dalam lif tu pulak takde kamera litar tertutup (CCTV) so susah nak jejak siapa yang sengaja buat onar.

Walaupun kes ni bukan kat Malaysia, korang jangan ada yang nak buat macam ni jugak. Tak kelakar pun buat prank menyusahkan orang. 

Baca: “Kena pakai rantai besi kot” – Doktor Bengang Hand Sanitiser Dekat Hospital Asyik Kena Curi

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.