Jangan menilai sesuatu dari luaran sahaja. Kejadian yang dilalui oleh bayi berusia 18 bulan ini seolah-olah mimpi ngeri buat ibu-ibu di luar sana.
Bayi tersebut diberikan hand sanitizer oleh neneknya yang menyangka bahawa ia adalah makanan bayi.
Panik apabila melihat bayi itu berubah kepada kemerah-merahan, neneknya segera memanggil jiran serta menghubungi talian 911 untuk mendapatkan bantuan.
Lebih mencemaskan apabila bayi itu mula kelihatan pening dan kemudian pengsan.
Namun selepas mendapatkan rawatan, bayi itu disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kesan, lapor The Sun U.S
Kejadian berlaku apabila ibunya, Nikki Teixeira membeli hand sanitizer untuk anak perempuannya.
Bungkusan yang dilihat comel dianggap bersesuaian untuk anaknya bawa ke sekolah dan dia langsung tidak terbayang bungkusan itu sebagai makanan.
Bagaimanapun selepas insiden yang berlaku itu, Nikki menasihatkan orang ramai melalui akaun Facebooknya supaya tidak membeli produk itu.
“Tolong jangan beli pembersih tangan yang comel itu di Walmart, ia boleh disalah anggap sebagai makanan”
“Saya berharap dapat memberi amaran kepada orang ramai mengenai produk ini dan saya tak mahu lagi lihat produk ini di rak.”
Syarikat Smart Care yang dihubungi oleh ABC News mengatakan bahawa produk tersebut telah dikeluarkan daripada pasaran dan akan digantikan dengan hand sanitizer dalam bentuk botol.
Diharapkan ibu bapa diluar sana lebih berhati-hati, bukan apa packaging barang sekarang kan comel-comel, memang boleh disalah anggap.