in

Cikgu Berisiko Tinggi Mungkin Akan Jadi Antara Penerima Vaksin Fasa Pertama

Collage 45

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan sekolah bakal dibuka bulan hadapan dan calon SPM 2020 juga dah mula menjalani peperiksaan hari ini, kementerian pendidikan akan memberikan keutamaan kepada guru yang berada dalam golongan berisiko tinggi untuk mendapatkan vaksin.


Es4F0You8Aeg2Ct

Memetik laporan dari FMT, Timbalan Menteri Pelajaran 1, Muslimin Yahaya mengatakan yang kementeriannya telah pun membuat perbincangan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi supaya memasukkan guru dalam fasa pertama Program Imunisasi Negara yang akan bermula Rabu ini.

Jika permohonan ini diluluskan, kementerian akan memberikan keutamaan kepada guru berisiko tinggi untuk mendapatkan vaksin.

Whatsapp Image 2020 11 27 At 5.46.09 Pm

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin pula berkata yang sebelum ini kerajaan telah banyak menerima permohonan dari beberapa kumpulan termasuk pendidik yang mahu menjadi penerima fasa pertama vaksin Covid-19.

Walaupun permintaan ini munasabah, tapi bekalan vaksin fasa pertama hanya berjumlah lebih kurang satu juta dos dan 500,000 daripadanya telah pun diperuntukkan untuk petugas barisan hadapan.

Oleh itu, Khairy meminta agar kementerian pendidikan menyenaraikan guru yang berisiko tinggi supaya mereka boleh menerima vaksin sebelum sekolah dibuka Mac nanti.

 

Baca: Kumpulan Pertama Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech Selamat Tiba di KLIA

Screenshot 2021 02 22 At 4.21.14 Pm

Sumber: Twitter
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.