Semua Sebab Terpengaruh Dengan Upin Ipin!

Tambah ke Sumber Pilihan
Semua Sebab Terpengaruh Dengan Upin Ipin!

Besar pengaruh kartun ni!

Kalau sebut je Upin Ipin, mesti semua orang tahu. Cerita ni boleh kata memang kegemaran kanak-kanak sebab watak-watak comel kat dalam tu dan keletah dorang yang mencuit hati. Selain Kak Ros dan Opah, kawan-kawan Upin Ipin antara karakter yang lekat di hati penonton.


Upinipin

Korang ingat tak dengan karakter Mael yang suka berniaga tu? Yang semua benda dia nak jual dua seringgit tuuu. Menurut perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Roman di Twitter, anak lelaki dia sangat suka dengan kartun Upin Ipin dan terpengaruh dengan Mael yang suka menjual dalam cerita tu.

Disebabkan tu, anak lelaki Roman bernama Ferris mula meniaga air kotak kat taman permainan. Baru umur 7 tahun tau!

Ferris
Sumber: Twitter

Hasil kesungguhannya, Ferris berjaya jual 20 kotak air minuman. Tapi dia takde lah jual dua seringgit macam Mael tu. Tak pulang modal pulak nanti.

Lepas tengok entri Roman, ramai memuji yang Ferris ni kecik-kecik dah pandai cari duit dan mulakan perniagaan sendiri. Ramai jugak yang cakap adik Ferris ni dah macam Mael di dunia nyata sebab macam ada iras-iras dengan karakter tu.

11
Sumber: Twitter

Ramai juga mendoakan yang adik Ferris semoga jadi usahawan berjaya suatu hari nanti. Dengan kesungguhan macam ni, ada yang siap cakap adik Ferris ni tak mustahil boleh jadi jutawan muda suatu hari nanti! Waaah dahsyat!

22
Sumber: Twitter

Mengakhiri entri, Roman mengingatkan yang kartun ni bukan semuanya teruk dan melalaikan. Ada juga yang beri kesan baik macam apa yang jadi dekat anak dia. Kat sini lah pentingnya peranan ibu bapa untuk jadi lebih memilih kartun apa nak bagi anak-anak tengok.

Ini bukti betapa besarnya pengaruh kartun-kartun ni kat anak-anak tau!

Baca: “Terbaik cara Shuib ajar anak!”

Alsakls

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Asma' Razak
Lagi tulisan Asma'
Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Semua Sebab Terpengaruh Dengan Upin Ipin!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/semua-sebab-terpengaruh-dengan-upin-ipin/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM