“Semua dkt belakang ikut menari” – [VIDEO] Berjoget Bersama Atlet Lain, Gelagat Dhabitah Curi Tumpuan Kamera

Tambah ke Sumber Pilihan
“Semua dkt belakang ikut menari” – [VIDEO] Berjoget Bersama Atlet Lain, Gelagat Dhabitah Curi Tumpuan Kamera

Nama atlet penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri menjadi sebutan selepas menunjukkan aksi memukau pada saingan final acara 3 meter papan anjal wanita di temasya Sukan Olimpik 2020 semalam.

Berada di kedudukan keempat, Dhabitah terima pelbagai pujian dan sokongan daripada netizen yang menghargai usahanya dan percaya atlet berusia 22 tahun itu telah memberikan yang terbaik.


Menurut laporan, Dhabitah menamatkan aksi dengan mencatat 326.15 mata selepas lima pusingan dan tidak jauh beza dengan pemenang pingat gangsa, penerjun Amerika Syarikat, Krysta Palmer yang mengumpul 343.74 mata.

Dhabitah2

Tak lekang senyuman, celoteh menghiburkan

Selain aksinya semalam, netizen turut memuji Dhabitah kerana tidak lekang dengan senyuman meskipun di saat-saat mendebarkan iaitu sebelum membuat terjunan. Malah, celotehnya yang menceriakan atlet-atlet dari negara lain turut mendapat perhatian kamera.

Viral di media sosial sebuah rakaman video menunjukkan Dhabitah membuat tarian sambil diikuti dengan beberapa atlet lain di belakangnya ketika sedang beratur. Gelagat comelnya itu mencuri tumpuan dan ramai netizen di media sosial berkata atlet itu mempunyai personaliti yang ceria dan disebabkan itulah Dhabitah ‘menang di hati semua’.

Dhabitah3

“Takleh move on, video ni comel gila”

Ramai netizen yang menonton klip rakaman tersebut akui tersenyum melihat kecomelan dan telatah atlet muda itu. Menteri Belia dan Sukan sendiri memuji pencapaian Dhabitah dan berkata ianya merupakan sesuatu yang membanggakan.

Bitah (Dhabitah) menamatkan saingan di ranking keempat dengan catatan 326.15 mata. Ini kedudukan yang lebih baik berbanding di peringkat separuh akhir.”

Semestinya ini pencapaian yang patut dibanggakan apabila dapat beraksi antara 12 penerjun terbaik dunia di pentas final Olimpik. The best 4 (kelompok empat terbaik)!”

Dia mungkin tidak menang pingat gangsa, tapi bagi saya dia memenangi hati kita. Buat Bitah, jangan putus asa. Teruskan usaha. Saya yakin Bitah boleh beat (atasi) mereka di kejohanan akan datang.”

Komen BitahSumber: Twitter

Ada yang berkata gelagat Dhabitah itu membuktikan acara sukan antarabangsa seperti Olimpik menyatukan atlet-atlet dari berbeza negara. Walaupun mewakili negara masing-masing tetapi boleh rapat dengan pesaing dan kongsi detik indah sebegitu, untuk mengurangkan debaran di dada mereka ketika perlawanan.

Comel lah Dhabitah!!

Baca: “Sanggup tak hadapi latihan sebegitu?” – Gambar Dhabitah Training Tahun 2016 Viral, Netizen Salute Kejayaannya Di Olimpik

Dhabitah Hebat

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Semua dkt belakang ikut menari” – [VIDEO] Berjoget Bersama Atlet Lain, Gelagat Dhabitah Curi Tumpuan Kamera
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/semua-dkt-belakang-ikut-menari-video-berjoget-bersama-atlet-lain-gelagat-dhabitah-curi-tumpuan-kamera/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM